Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

December 29, 2012

FINAL EXAM !

    Hai sweet heart , sweet sour , sweet candy . Oups ! haha . Tiba tiba rasa nak update blog nie membuak-buak pulak . Cehhh . Hahaa . Actually , now tengah study week kan . Next week start 2/1/2013 sampai 16/1/2013 final exam . Takut sebenarnya even dah sem 3 pon . Tapi tak study jugak -.- haha tipu jee . Haruslah study kan ? nak dapat #DEANLIST ! Amennn Ya Rabb . Tapi sekarang berehat sepetang bersama blog . Boleh tepu otak nie kalau belajar straight jee kan ? Aku pun bukan jenis yang study doplohpatjam punya orang . Tapi kena sentiasa beringat-ingat lah kan :) study + dengar lagu + makan + borak-borak kejap . Cukup lah tu . Hehe . Yang penting takde nak gayut-gayut + message-message ! wooot wooot , ALHAMDULILLAH . Saya terhindar daripada satu kelalaian :) 
  Mungkin before nie aku buat bende tu semua , but not for this sem . yeahh ! i'm the winner . Bahagia bila rasa tak buat tu semua . Terasa yang ALLAH tu memang sayang kat hambanya :') no more tears , no more wasted time . Akhirnya berjaya mengelakkan nya . Tengs tengs . So , just focus in front of me . Jodoh ? InshaaAllah ada :) Pray to ALLAH . Yang lebih utama ialah #belajar ! Mesti cakap aku nie mcm bajet alim gila apesal ? haha . Bukan ape , kita nie makin besar , makin banyak pengalaman yang kita dapat . Dan setiap perkara/benda yang berlaku ada hikmahnya . Dan aku dah lalui dan akan melalui satu pengalaman yang orang lain tak mungkin dapat . Am i right ? So , kena lah sentiasa beringat-ingat . 
  Ehh alamak , ayat macam touching kan ? Haha . Taknak lah touch touch nie . Dah nak exam , malas nak fikir benda tu semua . Banyak benda yang patut difikirkan sekarang nie . Wahh , ayat mcm orang dah matured sehh . Hihihii . yelahh , minggu depan dah sweeet 21th . Ouchh . Macam dah terasa diri ini tua lah >.< ehh iyeke ? Ramai lagii yang tua tua :-P Yelah , kite nie dah lah kecik molek jee . Hewhew . *perasan  ! Tapi teringat dulu lecturer time aku kat MARSAH . Suka sangat panggil aku 'cek mek molek' . Macam nak gelak lah . Ouh , itu kenangan . Miss sebenarnya nak belajar bahasa arab kat Marsah tu lagi :') rindu suasana dekat MJ , dekat Bugisiah . Even aku banyak sangat buad hal dulu kan . Yelah , tempat jatuh lagi dikenang . Haha . Biasalah masa tu umur pon setahun jagung . Tak sempat nak fikir baik buruk terus buat hal . Alhamdulillah , dari form 1 sampai form 5 result tidak pernah mengecewakan walaupun perangai mcm harem . But study always in my mind . Ceceehh . Berlagak pulak kat cnie . haha . Ehh , bukan berlagak lah , hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang lain , apa apa pun study number ONE ! got it dear ? :) 
  Now , dah habis sem 3 . Terasa sangat masa tu cepat berlalu . Lepas tu , dah nak masuk 2013 . Wahh , Alhamdulillah , bersyukur kerana masih lagi diberi nafas sehingga hari ini . Allah nak tengok hamba NYA terus beribadat , terus bertaubat . Thats why lah kita masih hidup sampai saat ini :) Study ? lagi best dapat study group . Sebab kita boleh share pendapat , share maklumat , share mcm2 lah . Lagipun aku kalau study mesti mulut nak bising , tak boleh senyap senyap . Kalau senyap , tidur lah jawabnya . So , kalau study mesti nak ada member kat sebelah . Boleh borak-borak hilangkan boring . Kan ? taktahu lah korang mcm mane :) Apa-apa pown , mohon maaf salah silap terlanjur kata , ape semua lah . Doakan aku dan kawan-kawan aku yang lain supaya dipermudahkan untuk menjawab exam kali nie . Mohon doa kalian yang baik hati :) akhir kata , tengs for being my frends kpd sesiapa yang telah menjadi KAWAN aku dan setia sehingga ke hari ini :') Assalamualaikum .
Nak layan jiwang kejap tak ?
look at this :) KAMU SAJA & BE MINE 
suke sangat both video clip nie :) 


December 25, 2012

DONE FOR SEM 3

 Woot~woot ! Haihh . Lame tak update blog nie . Ohh iye . Aku dah berada di rumah . Berehat sebentar menenangkan otak seketika setelah beberape bulan belajar . Cehh . Macam lame sangat jee . Now , dah habes sem 3 then tengah study week . Minggu depan , 2 Januari 2013 dah start final exam . Wow ! sumpah cuak . Haishh . iyelahh . Aku tak pandai macam korang . Biase biase jee :) Semuanya ada 7 subject . 6 of it arabic and one only for english . Fuhh ! Takpe takpe , inshaAllah bolehh ! Pray for me and wish me luck kayh dear dear :') 
 Okay takde bende nak cerita sebenanya . Cume boring tengok blog asyik entry yang same , so amek keputusan malam nie nak update lah . Even takde ape pon nak tulis . hehe . Cume nak tayang gambar jee bole ? haha . Biasalah kan , dah aher sem niee . Memang hari hari lah snap pic tak benti2 . Hobi :-P gaya macam dah sem akhir jee padahal ade lagi 4 sem yang menanti . Hmm . Entah sempat ke tak kan ? Itu semua kerja ALLAH :) Kita hanya mampu merancang , TUHAN yang menentukan . Bersyukur lah ! Actually kena tidur awal sebab esok pagi dah gerak nak pergi mandi manda ngn family . #ehh , hujan hujan pon sempat lagii kan ? Biasalah . Parents aku memang akan buat kan ape yang terbaik untuk anak-anaknya . hehe . Lagi pon aku dah kena balek USIM khamis nie . Hmm , sedih sedih . tapi takpe lah . Duduk rumah , jawabnye memang tak lah kan nak bace buku >.< haihhh . Okay. Jom lah tengok ape yg ade :)
Budak course SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT
Biasalah kami kaki camera :)
Muke yang same :-P
Oups , Jimmy sesat di situ .
Lepak burger king sat .
Syida cantekk :)
Okay bye :)
Haaa , sikit jee :) Actually banyak lagi . Tapi malas lah nak upload bagai . Okay . Next entry kita jumpa lagi keyh . Ehhh . please please please . pray for me for final exam eaa :) hehe . Oupss . tadi ade orang suroh mention name dia << LUQMAN SAIRI >> . Pergi lah lawat beliau . Okay byee ! 

December 16, 2012

Segmen Up Follower Bulan Disember

Okey , now u see that banner ryte ? So sape nak join sila lah click banner atas nie kayh :)
Same same kita tingkatkat follower nak liker fb fanpage ye ! 

# have a nice day :))


Bersyukur Saat Diuji

Tak perlu untuk malu jika ingin berubah ke arah kebaikan . Jangan fikir apa orang akan cakap . Tapi fikirlah apa yang bakal kita jawab di akhirat kelak . Astaghfirullahala'zim 
      Allah takkan pernah menguji hamba-Nya sekiranya Dia tahu hamba Nya itu tidak mampu . Iya , setiap ujian cabaran serta dugaan yang diberikan ada hikmah disebaliknya . Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan apa yang terbaik untuk hamba Nya . Ketika apa jua keadaan kita , ingat lah Allah yang Maha Mengetahui . Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dan dekat untuk hamba hamba Nya , Alhamdulillah . Firman Allah '' Dan jika hamba-hamba Ku bertanya tentang Aku , maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Ku '' { surah Al-Baqarah 2:186 } . Berdoa lah ! sesungguhnya Allah lah yang maha mengatur segala perancangan :) 
     Bak kata kawan aku , setiap peringkat umur kita akan menghadapi ujian yang berlainan . Dan aku setuju itu kerana aku sudah dan akan menjalani segala ujian yang diberikan . Walhal setiap ujian atau dugaan itu benar benar menyakitkan tetapi Alhamdulillah aku mampu menempuhinya . Iya , Allah Maha Mengetahui . Di samping sokongan keluarga serta kawan-kawan , diri sendiri juga perlu mengumpul kekuatan agar terus tabah . Setiap ujian ialah satu pengalaman yang dapat mematangkan diri kita . Jika kita tidak diberi ujian dan dugaan , boleh jadi kita terus alpa dan lupa pada - Nya . Nauzubillah ! Mohon dijauhkan . 
    Ingat lagi , satu dugaan yang aku takkan lupa dan menjadi ingatan sehingga hari ini . Apabila tiba tahun baru 2012 . Iaitu pada 1/1/2012 . Ia mungkin menjadi tarikh yang sangat bermakna atau pun sangat baik terutama kepada adik ku sendiri sebab harijadi beliau >_< . Dan ianya juga tarikh keramat untuk aku bila , segala harta benda aku (handbag , duit , fone , jam , kad ATM , matrik kad etc) hilang kena curi ! Allah , saat itu , Tuhan jee yang tahu macam mane perasaan aku :') terbayang-bayang muka mak ngn abah . Sedih . Sebab nya , time tu study week . Then bila nak balik USIM ,  berhenti dkt R&R Pagoh utk solat Asar dgn abang . Habis solat , tengok belakang jee beg dah takde . Malas nak cerita , tengok kat entry nie jee lah .
 
    Itu lah ujian yang Allah aturkan untuk aku pada awal tahun 2012 . Alhamdulillah , peristiwa itu mengajar aku supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu percaya dengan keadaan . Justeru itu , aku susah untuk percaya kepada orang sehingga hari ini . Maaf ! Itu sahaja yang aku boleh ucapkan . Dan selepas itu , semakin banyak aturan Allah untuk ku untuk mematangkan diri serta menguji tahap kesabaran dan keimanan seorang hamba yang sangat lemah . Aku bukanlah seorang yang gagah untuk melaluinya tetapi aku menggunakan segala kekuatan untuk mengharunginya . Dan Alhamdulillah , segala-galanya mengajar erti kehidupan . Setiap ujian itu ada kebaikan :) 
     Terdetik update blog malam nie sebab ade seorang kawan nie mengalami naseb seperti aku . Nasib apakah ? Biarlah ianya menjadi tanda tanya :DD Betul , ianya amat menyakitkan . Tetapi apalah nak dibandingkan jika kita kehilangan keluarga dan kawan-kawan yang berada di sekeliling kita . Aku rasa ia lebih menyakitkan daripada kehilangan orang yang belum tentukan menjadi yang halal untuk kita . Now you get it ryte :) apa apa pon , doa itu lebih utama '' doa itu senjata mukmin '' . Ujian itu menjadikan hambanya lebih dekat kepada Tuhan nya . Mungkin selama nie kita jauh dengan Allah , walhal kita tunaikan apa yang wajib . Tetapi Allah mahu kita rindu dan sayang kepada -Nya lebih dari kita sayang hambaNya yang lain. Yes ! itu silap kita , ya Allah ! ampunilah hamba Mu ini :'(  . Yakin dengan doa , berusaha dan bertawakal . Percaya bahawa Allah yang menggerakkan segala usaha yang kita lakukan dan inshaaAllah Dia akan memberi kita jalan yang terbaik ! 

     Selepas kita melalui ujian demi ujian , barulah tersedar yang kita nie dah jauh tersasar . Lupa segala-gala nya . Allah !! Alhamdulillah , dugaan yang Allah beri itu menyedarkan kita daripada mimpi mimpi . Berpijak di bumi yang nyata . Membuka pandangan kepada yang lebih jauh . Memberi pencerahan terhadap sesuatu perkara . Dan paling penting bersangka baik terhadap ALLAH . Ingatan tulus ikhlas kepada kawan-kawan '' bercinta boleh tapi jangan sampai melanggar matlamat . Apa guna menjaga segala-galanya tapi hati kita tak terjaga ? Berdoa lah (Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu)Itu janji ALLAH ! " 

     Aku bukan seorang yang sempurna untuk memberi nasihat kat kawan-kawan . Malah mungkin lebih teruk daripada korang. Tapi aku lebih senang menjadi diri aku yang sebenar . Aku tahu , kau lebih baik daripada aku . Jangan cakap aku taknak berubah . Ianya sudah menjadi niat ku . Tapi aku perlu kan sokongan , dan juga mengumpul kekuatan serta membaik pulih segala kekurangan diri . Tiada yang sempurna di dunia ini . Sekurang-kurangnya dapat menjadi yang  lebih baik daripada yang terbaik . Itu sudah memadai . Dan sekurang-kurangnya , Allah menyayangi aku dengan memberi ujian sebegini agar dapat menginsafi diri :') Bersyukur Saat DiUji , ALHAMDULLILAH ! 


December 15, 2012

'FD' SPM

    Hai ! :) Tetiba rindu nak update blog >_< Haha . Okey tak . Memang dah niat nak update cuma dari tadi kumpul semangat nak tulis . Cehhh . Tipu jehh . Busy melayan twitter dan Fb lebih tepat . Haha . Then sekarang dah close tab @TWITTER dan @FACEBOOK baru lah boleh senang hati tanpa gangguan untuk update belog niee . Sila senyum kambing sekarang :) Nak cerita sikit boleh ? Tak boleh pon tetap nak cerita jugak . Minggu depan dah last semester tiga tau . Hihi . Suka gila tahap nak lompat katak rasanya >.< sebab dah tak payah lagi nak buat assgment or pegi kuliah and kelas . Tapi ade lagi yang lebih utama , #FINAL EXAM . Takpelah , itu tolak tepi sebelah kanan kejap . Yang penting dah nak habis sem 3 . Haha . Sekejap gila kot rasa sem nie . Dan macam macam jugak pengalaman serta kenangan yang aku lalui sepanjang sem nie . Ohh , yang ini tak boleh cerita kat entry nie . Kena update kat entri akan datang pulak :) 

    Sebenanya nak cerita pasal FAMILY DAY yang budak batch aku buat untuk course SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT . Atau lebih tepat nya , kos aku lah . First time kitaowg organize program mcm nie . Yelah , memang ini program tahunan course aku dan setiap 2nd year student wajib menjalankan program ini . So , adatlah kan ade kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu majlis . Itu tidak dapat dinafikan . Tak puas hati itu ini , ooohh . Kita yang merancang Allah yang menentukan . Apa pon mestilah kita kena terima , betul tak ? Cehh ayat , boleh jadi ustazah pilihan -.- tapi apasal yang tak datang tu pulak yang menyatakan rasa tak puas hati ? Okey ini pelik . tapi takpe , aku taknak pon cerita pasal nie . Penat tangan aku jee menaip nanti . Tapi agak kecewa bila student 1st year tak ramai yang datang . Mungkin mereka ade komitmen yang lebih penting . Atau malas nak join lebih tepat :-P yang ini kitaowg memang sakit hati dan tak puas hati . Tujuan program nie nak suai kenal dengan junior2 tahun 1 selain untuk meraikan senior2 tahun 4 . Last last , junior yang ramai tak datang . Bukan ape , nanti korang jugak yang kena organize family day tahun berikutnya . Kan kan ? Mohon ada lah junior yang bace blog aku nie . Wakakaka :DD 
   Okey , mata nie dah mengantuk . Nak nak lagi bila tengok Huda dah landing atas katil sambil memejamkan mata beliau . Lagi lah perasaan nak tidur tu membuak buak kan . Dengan keadaan broadband nye yang macam mintak dicampak kat tasik NILAM nie , lagi lah aku angin jee . Padahal sepatutnya dah laju bila dah ditambah kreditnya :-P mungkin belom boleh bekerjasama lagi untuk masa nie . Ooohke dah lah , lagi lama aku tulis , lagi banyak merepek nya . Jom tengok kejap pic yg ade .
Exco makanan - Intan Afifah ketua :)
Muka-muka penat tapi still bole tersenyum :)
Sikit jee dak lelaki tahun 2 nie.
Kami warna BIRU :)
Ternyata aku malas nak upload banyak-banyak . Hehe . Dan fakta yang memang tak dinafikan kesahihannya ialah ... aku tak amek gambar pon masa time family day nie selain drpd kawan-kawan aku yang tak sengaje mengambilnya . Wahh amazing sungguh . Busy sangatkah ketika itu ? Entah . penat lebih utama :-P Pape pon kami enjoy dengan program nie . Semuanya memberi komitmen yang baik . Tahniah kepada TAHUN 2 SPM :)) Okebaii ! 

December 4, 2012



       Fuhhh ! at the end , dapat jugak update blog kesayangan nie :) oupss , sayangkah ? #ehh ! haruslah sayang . Blog nie jee lah tempat aku mengadu naseb aww . Korang ade ? Ooohh , mestilah ade kan :DD , Antara sebab musabab yang tak dapat dielakkan kerana dah lama tak update blog ialah ................ ASSIGNMENT yang gila bapak banyak tuhh -.- lama dah dapat task nie tapi biasa lah kan , nama pon student . Selagi belom sampai due date for submit assgnmt , memang tak bole nak siapkan lah kann ? Betol tak ? Jujor lah , memang betul ==' pastu kumpul kumpul sampai jadi gunung , sampai lecturer dah sound , baru lah terkedek kedek gerak buat keje tu . Ape sey jadi orang ? :DD
  Tengok atas tu , penat tau buat tak siap2 :'( . Tapi part aku dah siap lah :) cume kena gabungkan dengan coursemate aku punya part lah . Dah lah type in arabic kan , memang macam orang baru belajar pegang keyboard lah . Kalau bahasa melayu , lain cerita lah . Satu hari pon bole siap >.< cehh . Padahal same jee . Hahaha . Tapi forsure n very-very sure that in USIM , there have NO subject in BAHASA MALAYSIA hokeyhh --' kalau adapun untuk SEM 1 jee . Tapi untung lah kan , buat kerja in grouping . So makin mudah lah untuk bahagi-bahagi kan kerja . Ape guna ramai ramai tapi yang lain membuta ? Okey , fortunately they're very committed in their work :) syukur lah . Tapi nie baru satu subject , ade lagii 3 subject yang menanti untuk disiap kan . YA ALLAH ! Rabbi Yassir Wala Tuassir . Aminn :) InshaAllah boleh , kena rajin kan diri yang penting kan ? Jyeahhh , chaiyokk! Oohh , rindu nak tengok korea >.<  Takpe takpe , berkorban dulu , sobsobsobsob
  Eh dah tahu belom ? Aku dah upgrade lappy aku kepada WINDOW8 . Yipppi ! suke tau . Lawa pulak tuh . Area 3 weeks ago aku tukar and sekaligus upgrade my fon baby MINI 2 galaxy to Peter's Rom . Kasi smoothly cket movement nyee :) . Kawan aku yang buatkan , sungguh genius beliau >.< nak tengok contoh ? 

  How? nice bukan , Haha . Okey , theme for window8 nie boleh tukar tukar ekot suke haty korang lah . Yang penting kene pandai explore :) Aku pun belom habes explore lagi , cume sikit sikit jee . Tengah buzy kan , memang lah . Tunggu dah habis final nty lah :) Hahaa , lame sey nak tunggu final --' Boleh dapat 2 3 orang anak . Kahkahkah . Okey tipu jee >.<  btw , sabtu nie aku ade family day for my course ( SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT ) oohh , perlukah nak mention pasal nie ? Ahaha . Sukahaty aku lah , dah takde idea nak tulis ape lagikk :-P Okeyhlah byeee <3
*nota kaki* 
# eh , click pic utk tumbesaran tau ! :D
# henfon kini suda bersepah sepah sehingga tidak perasan ade text or call >.< 
(hidup bujang kan) 
Okeyh , tatatata !

Z-->PUBLISH 

 

November 21, 2012

Seruan Gaza

Tett .. tett .. (bunyi message NOKIA 3310) 
Tengok berite kan ? sedih bile tengok naseb saudare saudari kite kat Gaza tu kan ? so , jangan lupe doakan umat ISLAM kat sane ye :) '' Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Doa seorang muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut adalah
...doa yang mustajab (dikabulkan) '' okey faham ?  Dan disebabkan itu lah kami sebagai warga USIM menyahut seruan ini :) Rase semangat pulak bila ramai ramai pakai baju warne hitam nie . Hihi . Baru nampak ramai nye budak USIM hari nie . Selame nie mcm tak perasan pulak -.- okey ini tipu , hahaha . Pastu ape lagik kan nak buat ? Mestilaa amek gambar ramai ramai . Tapi budak budak kelas aq jee lah . hihi . Yang laen-laen tak sempat pulak nak snap same same . Sory mory eikh :) 

okey foine ~ kami mmg selalu brsame :)
okeyy , aq tak paham ape yg sebenanye wani ngn asma' buat tu -.- 
Kami sudah menunaikan tanggungjawab untuk memprotes tindakan ISRAEL LAKNATULLAH ke atas GAZA dengan memaki pakaian HITAM . Anda pula bile ? okeyh . tak dapat nak update panjang lebar sebab ?? ade lagi tanggungjawab yang lebih penting untuk dilaksanakan . okeyhh foinee . esok kami ade exam untuk subject orientalis barat & technology multimedia .  Pray for us also !! :) oke byee .
okeyh . ini tak sengaje :-P 

November 17, 2012

Love Story

16 NOVEMBER 2012
Birthday awak - Muhammad Asyraf Bin Muhammad Ali :)

12.02am - 17 NOV 
Seminggu lebih dah kan kite macam nie . Macam-macam benda saye fikir. Tapi saye rase awak lagi banyak fikir berbanding saye. Saye tahu itu :) Mungkin awak dah taknak bebankan otak awak untuk fikir pasal saye.  Okey, saye hormat keputusan awk tu walaupon sangat sangat sukar untuk saye terima semua tu. Perit sangat awak , dan saya tahu awak tahu itu :) sebab satu mase dulu saya pernah buat awk mcm tu kan . Mase tu saya memang tak fikir perasaan awak , sebab saya tak pernah lagi rase mcm tu . Dan sekarang . . . i think it is my turn :( Hmm , awak . Saya sedih sangat bile fikir bende nie semua . Kalau boleh nak sangat mase tu patah balek , rase mcm nak tebus semuanya . Tapi saya tau , takkan terjadi semua nie . Menyesal . Yess , itulah yang saya sedang lalui sekarang . Hurm , takde gunenye lagi kot nak menyesal sekarang nie kan . Takpe lah , its okey . Saya akan terimanya slow slow . Saya tau , saya bukan yang terbaik untuk awak . Dan awak pon bukan yang terbaik untuk saya . Sebab tu lah kita hanya ditakdirkan untuk sampai di sini jee . 

Dua tahun kita saling mengenali . Banyak dah benda yang saya tahu tentang awak , awak tahu tentang saye . Share mcm-mcm . Sikit-sikit saya kenal family awak dan awak pon same :) bahagia sangat bila fikir balek . Macam macam kita rancang untuk mase depan kita . Tapi nak buat mcm mane kan , untuk ketika ini .. Allah tidak mengizinkan lagi . Takpe , mungkin ada hikmahnya . Saya selalu cakap dekat awk kan , biarlah awak jadi lelaki yang terakhir dalam hidup saya meskipun awak tak dapat jadi yang pertama . 
12.58am - 17 NOV
Tetiba ada one misscall . ''MYNA NAZARI'' belom tido rupenye budak kecik nie . --> abaikan jap . Then , misscall lagi . Okey dah paham . Aq terus call then borak-borak + gelak-gelak dengar cerite sedey beliau .

1.24am - 17 NOV
Masih lagi belom boleh lelap kan mate . Teruskan untuk menaip sehingga benar-benar selesai . Mate terus melihat Huda yang sudah nyenyak atas katil -.- Ohh jeles ! nak tido sebenanye . Hm , awak . First time kite kenal , dekat FB kan . Mase tu kita hanya teman biase sebab saye ade pakwe dan awak pun ade makwe (ternyata curang sedikit ketika itu) Kita terus kawan dan kawan sampai lah masing masing stay single :) saye seronok bila ingat balek . TEMAN TAPI MESRA . Sehinggalah awak cakap nak stay serius dengan saye then saye pon terus terima sebab saya rase cukup kenal dengan awk ketika itu . Memang bahagia sangat bile bersama awak . Saye tak nafikan nye . Bergaduh ? Adat lah tu kan dalam perhubungan . Tapi awk sentiase mengalah dengan saya . Awak jee yang selalu bertolak ansur dengan saya . Saya akui saya memang ego dan sangat ego . Bak kata kawan baek saya '' kau nie ego mengalahkan Menara KLCC '' kata Bell . Tapi disebalik keegoan itu , saya tetap diri saya . Saya seronok awak pujok saya sebenanye . Memang nampak macam gedik tapi tidak . Manje lebih tepat :-P itulah saya . 

1.34am - masih 17 NOV 
Alhamdulillah , tidak lagi 18 nov :D Awak , ketika saya stay in relay , saye selalu fikir macam mane hidup single sebab saya sudah jarang single ( konon-konon hotstuff lah dulu ) Tapi saya tak fikir pon sampai habes bende tu . Kadang kadang saya fikir tak bosan ke orang tu stay single ? mungkin ketika itu saya lupa , alpa yang Allah sentiasa ade di sisi . Malahan malaikat maut juga sering memerhati . Jahil sungguh aq ketika itu :( dan pada satu saat ketika itu , saya pernah memilih untuk menjadi single . Then , awak yang memang cukup bersabar dengan saya terus merelakan walaupun saya tahu hati awak berat sungguh nak lepaskan saya . Tapi saya tetap dengan ego saya . Awak tetap terus pujuk pujuk dan pujuk sehingga satu saat awak benar benar pergi dari hidup saya . Tiada lagi kelibat misscall atau message dari awak . Agak terpaku juga , namun lebih jahat nya saya . Saya melayan orang lain :( dan cuba untuk melupakan awak .Tapi , takdir menentukan segalanya . Ternyata saya kembali mencari awak . Ketika itu baru saya sedar yang awak amat saya perlu kan . Dan , awak menerima saya kembali . Terima kasih awak :') dari itu saya berjanji akan menjaga hubungan kita sehingga laa . . . . .
1.46am - 17 NOV
Ketika ini saya amat amat rindukan awak :'( gosok gosok mate sekejap . Terase mengantok pulak -.- Dan selepas itu , hidup kita kembali bahagia . Saya berjanji utk tebus segala salah saya dengan awak . Saya dah taknak lepaskan awak kerana saya tahu awk juga berharga dan penting dalam hidup saya selain dari family dan kawan kawan . Dan sehinggalah satu hari itu , awak dah kurang layanan untuk saya . Jarang sangat awak message or contact saye . Takpe , saya kefahaman kerana awk dan saya berada di rumah . Masing masing buzy . Tapi semakin hari semakin kurang . Akhirnya pada malam itu , awak rela untuk melepaskan saya . Sukar untuk saya menerimanya , terlalu perit dan sakit yang baru kini saya rasakan . Awak tetap dengan pendirian awak untuk merelakan saya pergi dari hidup awak . Awak , saya sedih sangat sangat awak tahu tak ? di saat saya betul betul sayang kat awak , tetiba awak hilang dari hidup saya . Mungkin sudah ditakdirkan saya begitu . Saya tak dapat nak menahan air mata yang selama nie saya tahan akhirnya ia jatuh juga . Saye bersyukur sangat , di saat saya tiada lagi kekuatan , kawan kawan saya setia menemani saya . memujuk saya . dan menitiskan air mata bersama sama . Memang sangat sangat terharu . Intan , Huda , Lela dan Lisa :') terima kasih . Tak lupe kpd Nor dan Syida yang sudi memberi semangat :') saye tetap pergi ke kelas walaupun dlm hati nie tak siapa yg tahu betapa peritnye semua ini melainkan ALLAH yang maha mengetahui . Bengkak bengkak mate nie tau :(

2.13am - 17 NOV 
Semakin layu . Dalam pada saya take time , dan memberi mase juga untuk awak . Saya fikir lebih elok untuk saya fokus apa yg perlu dan berada di depan mate . Mungkin ini dugaan yang Allah beri atas kekhilafan saya terhadap-NYA . Saya telah mengabaikan DIA . Allahurabbi ! ampun kan aq :'( terima kasih jugak awak yang buat saya sedar semua ini . Kalau tidak , mungkin saya akan terus hanyut . Dan sebelum ini awak meminta untuk saya berubah dan InsyaAllah akan lakukan itu demi ALLAH . Saya minta awak doakan saya untuk terus istiqomah :) tetiba saya teringat tentang entry entry saya pernah buat untuk awak . Mungkin awak dah lupe tapi tidak saye kerana ini blog saye :-P sini dan sini  dan sini :) mungkin saya takkan remove entry nie kerana ianya satu kenangan untuk saya meskipun bukan untuk awak . Dan juga mungkin saya boleh tunjuk kpd anak anak saya tentang percintaan mamanya sewaktu muda remaja :-P Haha . Awak tahu tak kenangan itu hanya boleh tinggal kenangan dan takkan boleh dilupakan :) Terima kasih kerana meninggalkan kenangan itu untuk saya dan saya akan tetap mengenangkannya . Tengs for everything and insyaAllah we will meet fil JANNAH . bye dan selamat tinggal :')
* sorry for the long story :)


November 1, 2012

The Best Wishes on My Befday

   Okeyh , bersempena dengan kepulangan ku hari ESOK (kasi bold biarr nampak) HAHA , aq nak update ckeeett jee . Agaknye lah . Hihi . Harinie befday aq , cecehh . Nak mention bagai pulakkan ^_^ . Ehh biarrlaa kan , blog aq , suke aty lahh nak buadd ape . Ken ken ken ? Nanty dah balek NILAI , dah tak boleh nak update dengan senang lenang . Memang tak sentuh langsong kot nty . So , biarlah POST ini menjadi pengubat rindu FOLLOWERS aq ketika ketiadaan aq nty . HAHAHAHA . bajet kau hotstapp lah kan -.-  oke k sudah lahh tu . Merepek bagai , keje tak siap , buku tak bace , ade haty nak di rindu rindu kan . Huhu -.- sob sob sob . Taknak balek senanyee tau . Tolong lah paham :'(
   Okey lah setopp , nak cite nie jee actually >.< kan befday aq kan ann ann  , pastu ramai lah yang wish . Kihkihkih . Eh bukan nak bangge atau bongkak atau hidung tinggi tau , nak bagitahu jee yang aq sangat terharu dengan ke'wish'an korang tuhh . Especially kepade orang orang terdekat and kawan kawan serta sahabat sahabat tak kira lah dekat or jauh dimate tetapi dekat di haty . Fuhhh , panjang ucapan nie . Oke tarik napas japp . hm , sambung lagik . Mereka yang tak pernah putus memberi semangat serta nasihat yang  tak lekang dek panas dan tak luntur kena clorok :-P (merepek sudahhh) oke dah laa , dah habes idea nak tulis ape . Oke jomm tengok sape sape yg jadi my bestier wishers on my befday tuu :)
okey , ni Normah Rameli . My BFF from FORM 1 until now and foerever :)
Yang ini dari Syida , Huda n Lisa . Amboii , kemain kreatif idea mereka kan ? Species jee ucapan -.-

Okeyhh , nie panjang kemain . Ini AMALINA NAZARI . My beloved sista . Kenal dr aq fom 4 sampai skunk dye dah fom 5 :) Lame sangat tak jumpe . SUMPAH aq miss gilerr kat dye , sob sob :'(

Ni Nor aka HANNI NUR . 
The other one of my BFF is INTAN AFIFAH ISMAIL . Special lahh tu konon nyee -.-
btw tengss :)
 Tidak lupe dan takkan ku lupe . Sahabat ku ini , RADIAH RIZUAN , singaporean :)
My BFF from fom 1 until now and forever , NABILA SARIF . Sangat sayang kpd beliau :)
Comel mcm beliau jugak :-P okey sory . Nie LAILA majnun . Hihi :))

Nie YANA NAJWA . my twins ^_^ . Sampai 2 kali wish . Betol-betol sayang aq nie :)
Okeyyh , last but not least . My kakak sayang :) NUR AJEERAH .
Fuhh , amacam ? panjang tak ? tak sangat kan ? Semua nie kawan-kawan setia , sahabat sejati . Aq sayang korang tauuu . Terime kasih jadi kawan aq , tahan & sabar dengan perangai aq -.- . Aq takkan lupe korang , sayang korang till JANNAH , we will meet there okey gurls :') iskisk terharu lahh dengan kate-kate aq nie :-P . Takkan ku lupa , family-family yang wish aq especially my belooooooved mum !! Siap buat wish kat CILI FM lagi , sungguh terharu ketika DJ mengutara kan name dan lagu utk aq . Wakakaka :) 
 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮