Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

January 22, 2015

THROWBACK Part 2: Ulu Chembong


Okay entry throwback kali ni nak cerita pasal kitaorg pegi buat program khidmat komuniti kat kampung orang Asli. hm kau rase ? hahahah ! dah lama sebenarnya aku niat nak pegi kampung org Asli ni. Yelah, nogori sombilan kan banyak kg org Asli :-P hahah. tapi bukan tu sebab utamanya. kemon lah, aku dah 3rd year kot. mestilah nak join aktiviti mcm ni. plus, abg aku selalu buat program kat kg org asli ni. so macam² lah dia cerita dari yang best kpd tak best yang bahaya yang bla bla bla cmtu lah. So, teringin jugak nak tengok suasana, lifestyle dia mcm mana kan. lagi satu sebabnya, aku memang suka berjalan. teeeett

Nak dijadikan cerita, one day tu member aku text tanya nak join tak pegi kampung org asli ni bla bla bla. Then aku punya laa excited sangat sangat sangat tau. Macam tau² jea niat azali aku. Siap pujuk budak² ni lagi suruh join. kahkahkah! diorg pon mcm berbelah bagi tapi kesiankan kat aku kot pastu diorg pon join lah. toink toink muahhhcikeddd xoxo ! program ni under satu kelab "Sahabat Kembara Ilmu" (SKIL) kerjasama dgn Jabatan Perpustakaan USIM. aku ahli SKIL jgk tapi ahli tak berapa nak aktif lah. time berjalan gini lah baru muncul :-P so kita pon pergi lah ke Kampung Orang Asli Ulu Chembong. 


Time ni dalam bas otw ke Ulu Chembong,Rembau most wanted yaww ! hahah. memang ahh mana² pegi mesti dengan dak Intan. dari first year sampai ke sudah. duduk berdua pon jadi kalau kata nak berjalan hahah kaki jalan dak dua nie aihhh. tapi ramai je lagi yg pergi. Lisa and Huda pon ada. Syida tak dpt pegi sbb time tu dia sangat busy dgn SPP dia. Lela, tak igt mana ntah dia busy apa time ni. hahah. baru nak gerak segar lah. setengah jam kemudian belayar di lautan hahah!



Tarakuchachaaa yeay dah sampai hahah. sampai pepagi kat Rembau. Boleh tahan jauh Nilai dgn rembau ek. hahah. beg kemain memasing depan belakang kiri kanan. padahal 2 hari je pon. hahah. biasalah ompompuan kannn. maka selepas itu, bertebaran lah student usim di kampung ulu chembong nie hahahah





Picture first tu lah dewan tempat kitaorg tido. I just can't brain nak tido situ. hahahah T__T bukan sebab aku demand. Sebab tu dewan kot. bukan bilik or sebuah rumah. Tingkap takde langsir. Pehh sadis tau. kita ni perempuan. Seriously mmg sgt bahaya. dan ketua program kitaorg pon risau senanya. Tapi nak buat mcm mana dah itu je yg tok batin bagi tempat hahah. So time nak tido malam tu, kita memang bergilir² jaga sampai ke pagi. Sakit badan jugak tapi lena jaa. hahah sbb penat sangat dgn aktiviti. 

Picture 2 and 3 tu dewan serbaguna. Thissss I also cant brain hahah dia punya dewan. Rasa macam jahat pulak aku gelakkan. Hm tapi kesian tau. Itu jea yg diaorg ada. Kira baik dah tu ada dewan tu. Then aktiviti kitaorg pon area situ jugak lah hahaha. Plan tetap diteruskan even kita dah bayang dewan tu besar :-P pastu lepas mkan pagi tu, semua kena cari family angkat memasing. Time tu aku dah rasa hm cepat lah esokkkk ! nak balik nilaiii huahuahua :D seram sey pegi tempat ni kekekek !




Memacam lah aktiviti yg kitaorg buat sampai ke malam sampai ke esoknya. hahah nampak tak memang nak sgt balik nya tu. padahal dia lah org pertama yg mcm hapeee nk join :( hahah mengade betul. muka pon buat² happy dan enjoy jea lah. dalam hati taktahu mcm mana takutnya aku nak stay even satu malam pon. Pepaham lah dah masuk kg org Asli ni kan,mulut kena jaga perangai pon sama. Abg aku pon pesan macam² sebelum pergi tu. dia dah biasa sbb course dia mmg kena buat aktiviti gini. so memang aku jadi pendiam lah jugak kat sana. follow the flow hahah seram tetap seram >.<








So malam tu kita ada malam kebudayaan. Kau tahu lah kan org Asli memang ini lah makanan diaorg. HAHA ! so kita pon dah training anak² org asli ni utk buat persembahan. memula diorg semuaaaa shy² cat tau. tak biasa dgn kami kan. Pastu suruh jugak dengan ugutan 'nanti kakak bagi hadiah besar cantik bla bla bla' demand tau diorg taknak. Kau tahu diaorg nak ape? "handphone" haaaa kau ada? tekezut tau den dengor nye hahah memang dasyat lah diorg ni. bukan org asli dah ni org IT ni hahahah! MP3, handfone bergantung kat leher tau.  I is wow ! hahaha. mungkin sbb ulu chembong ni dah dekat dgn area pekan kot. 

Pastu kitaorg pon ada buat BBQ malam tu. Power tak power suluh guna lampu motor hahah! apa yg kami makan, itu lah yg kami bagi kat diorg. Hm kesian tauu. taktahu lah kenapa kesian hahah. kitaorg ckp kat budak-budak tu, "malam ni pakai baju cecantik tau, kasut cecantik". then malam tu diorg pakai kasut sekolah. Bagi diorg itulah paling cantik dah. hm :( lighting over sgt kat muka tu dah kenapa -.-' 





Ni pagi ahad. Memacam lah aktiviti buat. Dah tengahari tu kitaorg buat gotong royong. Hm aku geli sebenarnya hahahaha tapi bukan geli apa. dengan kucing pon aku takut lagi dgn hanjing yg bersepah kat sana tu. Silap langkah tahik dia kau pijak tau. Sadis betul. anjing kat sana dah mcm kucing dah sbb keluar masuk rumah diorg sesuka hati. Kitaorg ni dok main lari-lari je kalau nampak anjing. Siap ada yg kena kejar tau. pehhh >.< pastu nanti panggil lah budak-budak kecik tu suruh amek anjing tu wuwuwuu T_T

Nak gotong royong pon semua tangan berbalut plastik. Curiga dgn keadaan sekitar. Then ptg tu acara penutup. Fuhh time ni aku sgt tak zabarrrr nak balik hahah. NC Usim pon ado. pastu program ni masuk newspaper Kosmo \^^/ hihihi. 





Dah habes acara penutup, kitaorg pon bagi lah baju-baju yg org derma tu kat penduduk kampung sini. Sedih jugak bila tengok keadaan org Asli ni. Mana yg mampu, ada jugak lah. tapi ramai yg tak berkemampuan. tapi rumah diorg semuaaaa ada astro tau ! astro enjoy hahah kerajaan bagi kot. Soalan femes yg kitaorg tanya masa first dtg sampai lah dah nak balik ni, ' adik,adik org Islam ke tak? ', pastu diorg jawab ' kami org asli ' hahahah ! aku nak tergelak tau. Sukahati kau lah dek oi. Mostly kat sini penganut budha dan lain-lain. Yg Islam ada jugak tapi tak ramai sgt lah. Kelas-kelas ngaji tu ada jugak kekadang. 

Tapi Islam pon, tak ramai yg buat cara hidup Islam. Alahhh, tak payah ckp org asli tu lah. Org kita ni pon sama je :-P  oh itu Kak Wani, adikberadik angkat aku. Family angkat bagi patung spongebob tu ohoii buat kenangan. Tapi bagi kak wani simpan lah. Aku taknak pon simpan-simpan benda² ni hahahah bahaya :-P

okay next entry akan cite pasal trip to Penang and travel to Indonesia ^^, tapi taktahu lah bila nak update nya. hikhikk.

Kena tolong Ucu Yahya kat kedai makan cawangan Ioi Mall. sbb Ucu dah bukak 3 cawangan, takde sape lagi yg di hire. So they need my help in such a period, before aku praktikal nanti.

 Okay see you later :') 


January 21, 2015

THROWBACK Part 1: Translead MAKLUM


Start entry ni dan berikutnya (taktahu berapa entry) I akan buat entry throwback. Hihii. sebab? saja nak sharing maring kat uolls memandangkan I tengah bercuti kan. So takde mende nak buat, so kita hadap benda ni jea lah so harap korang tak boring lah nak bace hahahah xoxo :D so seperti biasa, entry panjang berjela, jangan skip ea baca ! hahahah 

Hm taktahu nak start dari mana, tapi yg penting kena start dengan Basmalah kikikii. okay throwback since sem 6 lah. sbb sem dulu dah ada entry nya kalau tak silap. I is malas nak cek entry lama hihii. sem 6 best sgt (nak kata sem7 tak berapa nak best) hahah ! sem 6 lah agak aktif sikit. sebab dah sedar diri tu tak lama dah stay usim. so, why not kita join apa² aktiviti kan? hewhew konon² jadi role model senior lah. kahkah ! tapi apa lah sangat. takde lah pon aktif mano jang. join suka-suka jea.

 nie dalam bilik MPP. kusyuk laa buat keje dengan dak Laila.

Awal-awal sem 6, orang tak masuk sem lagi aku dgn member aku dah joined aktiviti TRANSLEAD MAKLUM. anyone know bout it? tak ingat mende nama panjangnya. hahaha. Yang ni translead 2. translead yg first aku tak join. Join pon sebab wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2013/2014 tapi aku bukan lah MPP. hahahah ! aku sekretariat Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) alaaa yang keje nya buat poster, handle web MPP and so on. hm cenggituuu hahah acah₂ busy tapi biasa² jea senanya. Sebab kita ada bahagian masing-masing. Aku part web programming. Tapi ada lah ketua yg handle. Tak terer pommm nak create web sangat. Belajar 2 sem jea pon hahah. tapi saje nak amek pengalaman. k tu jea. Mukadimah punya lah panjang. Padahal nak cerita pasal Translead MAKLUM. hahahah ! biasalah perempuan kalau dah pot pet bla bla blaaa :DD 



Tang ni otw ke Janda Baik. Oh lupa nak bagitahu,kem ni kat Janda Baik, Pahang pegi dengan dak Intan Pipah sbb dia pon sekretariat jugak. Tapi ntah sekretariat apa tak ingat. kikikii. Pepagi jugak time nie. Ngantok pon iye jugak. HAHA ! Tapi takda lah jauh mana dengan Nilai. dalam 2 jam setengah je kot cmtu :)


Taraaaaa ! dah sampai Teratak Malaya. time datang tu tertanya² jugak apesal nama dia Teratak Malaya kan. Rerupanya, tempat ni mmg kem, colaborasi dengan Uni Malaya. ohh okay patut nama malaya kan. Lama jugak lah tempat nie ditubuhkan bla bla bla blaa. K taktahu pon sejarah dia. HAHAHA ! nampak tangga kan? lepastu turun situ. turun turun turun. Fuhh boleh tahan jauh dia. Penat gila bila nak naik balik sambil angkat barang. Dah la aku kecik comel molek. Ok perasan sangat :-P senanya aku pon amek gambo jugak kat sini. Tapi tak jumpa gambarnya kahkahakah. pastu tepek jea lah gambar dak Intan ni hahahah. Sesejuk gunung kinabalu tau tempat nie. Ecehhhh macam pernah pergi gunung kinabalu kihkihh. Sebab dia dedekat dengan cameron highland, genting highland kot ntah aku pakai sebat je hahah pegi lah check kat google maps sana lulzed ! 








 Okay ini day first. sesampai sana jea kita tengok ada group sebelum batch kita ni nak balik Uni memasing. Tak sure lah uni mana. Tapi kitaorg ni second batch utk minggu tu. Kami terdiri drpd USIM, UM, UTeM, UPSI, UKM and UNIMAP. Baru kenal tak sampai berapa minit, diaorg punya ceria mmg superb ! Tak sombong langsung plus sporting dan semua masuk air. HAHA ! sebab kita usim, so kena lah jaga diri, jaga kelakuan bla bla blaa. Tapi ? HAHAHAH ! aku rasa aku dengan mereka dah sama. kuikuiii. Mana yg perlu kita jaga, kita jaga. Aku masih sedar aku ni usim lagi. kan dak Intan kannnn :-P tetiba segroup dgn intan. HAHAH ! sukahati kita jea main tukar-tukar group :D best tau kat sini kita makan banyak kali. Kejap-kejap makan kejap kejap minum. Not bad lah makanan dia. boleh pergi jauh. hahah. 

Dah second day tu, memacam lah aktiviti kita buat. Seriously, kem ni sangat santai mantai momantaii hahah. Sebab, Ketua Mentor (KM) tu dah pesan awal-awal " korang kat sini semua dah besar-besar, suka hatilah nak buat apa (janji tak pelik-pelik) kalau taknak join aktiviti ke, nak masuk dewan lambat ke, nak selfie ke nak pape lah, suka hatiiii " hahaha seeee ? betapa sportingnya semua. I thinks its kinda berbaloilah join ni. Untuk suka-suka release tension awal-awal sem kan. Hihii. tapi apa guna datang kalau setakat nak tidur. Kat usim pon boleh tidur. kuiikuii. Kalau taknak mandi pon boleh kauu jahh. HAHAHA ! sbb kat sini sejukkkkkk. hahah. siap join twitter dengan hashtag #jandabaik #jagabaik. Fuh fuhh nikmat betul pengalaman kat sini. 






best tau kita dpt baju LEAD 2

 nie geng USIM 

muka-muka ni memang suka selfie. USIM+ UM

Pendidikan selfie kat sini memang diterapkan untuk meningkatkan self-confident :-P hahahah ! anyway, diorang memang ohsem gila. Tapi mostly yg join ni first and second year. Ada lah sesetengah nye yg 3rd year, seperti aku dan dak Intan hahahahah ! so, fefeeling muda sikek dengan diaorg. bapak muka matured gila hahah. pastu yang bestnya, time nak balik uni memasing tu, ada lah perasaan sedih and still nak keep and touch. So, ketua group kita, Zhariff a.k.a TYDP UTeM (kot lah tak ingat ;-P) mintak email memasing and number fone. Pastu create group whatsapp and group kat FB. Pastu main tukar-tukar acc IG and Twitter. Nampak tak ukhuwah kat situ kahkahkahh! paling ukhuwah, En Megat salah seorang yang bagi ceramah tentang IT tu, dia create group whatsapp untuk kumpulkan translead 2 nie. Fuhh ! tapi awal-awal jea aktif. lama-lama krik krik krik kumbang lalu menerbangkan sayapnya hahahahaha :D

*nantikan entry throwback seterusnya k :)



January 19, 2015

First Entry on 2015


Hye korang ! hahahah :D amboi ceria betul. serious lah almost 1 years kot tak update blog nie. among of you mesti dah unfollow blog ni kan? :( sobsobsobsss ! hahaha. biasalah, aku study. cehhh hahah. so now, baru free nak jenguk blog nie. MasyaaAllah ! any notification baru aku tengok satni. Sorry² i im really busy before this. As i said, aku bz dgn study. Biasalah dah 4th year kaw ! dgn final year project, dgn asignment every week, dgn final project fuhh (T__T) dengar pon dah penat kan? apalagi aku yg face ni. HAHAHAH ! no² I tak mengeluh pon. Saje je nak bagitau uollss :P

So maybe lepas ni aku akan bergiat aktif. MAYBE lah. Not really sure hahaha. tengok pada kerajinan. lagi pon, banyak sebenarnya nak cerita. hahah iyelah kan dah tinggal berapa bulan dah. kumpul² cerita, boleh buat novel. ada yang nak sponsor tak? hahah :D tapi kali ni taknak cerita pepanjang. sbb i've no idea to story :( so just nak bagi teaser yang lepas ni aku akan aktif semula dalam dunia blog. Actually, pernah terfikir nak delete jea acc nie and retire as blogger. HAHAHA ! tapi bila fikir balik, nanti takde pulak tempat untuk aku bercerita instead of family or kengkawan. 

Babe! bulan 2 nanti aku dah start practical. So, any suggestion tak untuk aku prepare? im really nervous hahahah T__T donno why. sbb nak masuk alam pekerjaan kot. hahah. Macam lah before nie aku tak pernah kerja :P tapi kali ni kerja dalam office. So aura dia lain mcm. HAHAH ! mungkin jodoh ada kat sana kot kahkahakahhh :D okay lah dah start merepek. Nanti lah next entry aku kupas satu² apa yang aku buat dekat uni. Mesti tak sabar kan nak tahu? HAHAHAHA ! okay tak lah tu kan. takpe, aku memang suka perasan sesorang. kuikuii. okay bye ! #muahhhcikeddd



lanje selfie siket :D







 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮