Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon
hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

December 29, 2012

FINAL EXAM !

    Hai sweet heart , sweet sour , sweet candy . Oups ! haha . Tiba tiba rasa nak update blog nie membuak-buak pulak . Cehhh . Hahaa . Actually , now tengah study week kan . Next week start 2/1/2013 sampai 16/1/2013 final exam . Takut sebenarnya even dah sem 3 pon . Tapi tak study jugak -.- haha tipu jee . Haruslah study kan ? nak dapat #DEANLIST ! Amennn Ya Rabb . Tapi sekarang berehat sepetang bersama blog . Boleh tepu otak nie kalau belajar straight jee kan ? Aku pun bukan jenis yang study doplohpatjam punya orang . Tapi kena sentiasa beringat-ingat lah kan :) study + dengar lagu + makan + borak-borak kejap . Cukup lah tu . Hehe . Yang penting takde nak gayut-gayut + message-message ! wooot wooot , ALHAMDULILLAH . Saya terhindar daripada satu kelalaian :) 
  Mungkin before nie aku buat bende tu semua , but not for this sem . yeahh ! i'm the winner . Bahagia bila rasa tak buat tu semua . Terasa yang ALLAH tu memang sayang kat hambanya :') no more tears , no more wasted time . Akhirnya berjaya mengelakkan nya . Tengs tengs . So , just focus in front of me . Jodoh ? InshaaAllah ada :) Pray to ALLAH . Yang lebih utama ialah #belajar ! Mesti cakap aku nie mcm bajet alim gila apesal ? haha . Bukan ape , kita nie makin besar , makin banyak pengalaman yang kita dapat . Dan setiap perkara/benda yang berlaku ada hikmahnya . Dan aku dah lalui dan akan melalui satu pengalaman yang orang lain tak mungkin dapat . Am i right ? So , kena lah sentiasa beringat-ingat . 
  Ehh alamak , ayat macam touching kan ? Haha . Taknak lah touch touch nie . Dah nak exam , malas nak fikir benda tu semua . Banyak benda yang patut difikirkan sekarang nie . Wahh , ayat mcm orang dah matured sehh . Hihihii . yelahh , minggu depan dah sweeet 21th . Ouchh . Macam dah terasa diri ini tua lah >.< ehh iyeke ? Ramai lagii yang tua tua :-P Yelah , kite nie dah lah kecik molek jee . Hewhew . *perasan  ! Tapi teringat dulu lecturer time aku kat MARSAH . Suka sangat panggil aku 'cek mek molek' . Macam nak gelak lah . Ouh , itu kenangan . Miss sebenarnya nak belajar bahasa arab kat Marsah tu lagi :') rindu suasana dekat MJ , dekat Bugisiah . Even aku banyak sangat buad hal dulu kan . Yelah , tempat jatuh lagi dikenang . Haha . Biasalah masa tu umur pon setahun jagung . Tak sempat nak fikir baik buruk terus buat hal . Alhamdulillah , dari form 1 sampai form 5 result tidak pernah mengecewakan walaupun perangai mcm harem . But study always in my mind . Ceceehh . Berlagak pulak kat cnie . haha . Ehh , bukan berlagak lah , hanya sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang lain , apa apa pun study number ONE ! got it dear ? :) 
  Now , dah habis sem 3 . Terasa sangat masa tu cepat berlalu . Lepas tu , dah nak masuk 2013 . Wahh , Alhamdulillah , bersyukur kerana masih lagi diberi nafas sehingga hari ini . Allah nak tengok hamba NYA terus beribadat , terus bertaubat . Thats why lah kita masih hidup sampai saat ini :) Study ? lagi best dapat study group . Sebab kita boleh share pendapat , share maklumat , share mcm2 lah . Lagipun aku kalau study mesti mulut nak bising , tak boleh senyap senyap . Kalau senyap , tidur lah jawabnya . So , kalau study mesti nak ada member kat sebelah . Boleh borak-borak hilangkan boring . Kan ? taktahu lah korang mcm mane :) Apa-apa pown , mohon maaf salah silap terlanjur kata , ape semua lah . Doakan aku dan kawan-kawan aku yang lain supaya dipermudahkan untuk menjawab exam kali nie . Mohon doa kalian yang baik hati :) akhir kata , tengs for being my frends kpd sesiapa yang telah menjadi KAWAN aku dan setia sehingga ke hari ini :') Assalamualaikum .
Nak layan jiwang kejap tak ?
look at this :) KAMU SAJA & BE MINE 
suke sangat both video clip nie :) 


December 25, 2012

DONE FOR SEM 3

 Woot~woot ! Haihh . Lame tak update blog nie . Ohh iye . Aku dah berada di rumah . Berehat sebentar menenangkan otak seketika setelah beberape bulan belajar . Cehh . Macam lame sangat jee . Now , dah habes sem 3 then tengah study week . Minggu depan , 2 Januari 2013 dah start final exam . Wow ! sumpah cuak . Haishh . iyelahh . Aku tak pandai macam korang . Biase biase jee :) Semuanya ada 7 subject . 6 of it arabic and one only for english . Fuhh ! Takpe takpe , inshaAllah bolehh ! Pray for me and wish me luck kayh dear dear :') 
 Okay takde bende nak cerita sebenanya . Cume boring tengok blog asyik entry yang same , so amek keputusan malam nie nak update lah . Even takde ape pon nak tulis . hehe . Cume nak tayang gambar jee bole ? haha . Biasalah kan , dah aher sem niee . Memang hari hari lah snap pic tak benti2 . Hobi :-P gaya macam dah sem akhir jee padahal ade lagi 4 sem yang menanti . Hmm . Entah sempat ke tak kan ? Itu semua kerja ALLAH :) Kita hanya mampu merancang , TUHAN yang menentukan . Bersyukur lah ! Actually kena tidur awal sebab esok pagi dah gerak nak pergi mandi manda ngn family . #ehh , hujan hujan pon sempat lagii kan ? Biasalah . Parents aku memang akan buat kan ape yang terbaik untuk anak-anaknya . hehe . Lagi pon aku dah kena balek USIM khamis nie . Hmm , sedih sedih . tapi takpe lah . Duduk rumah , jawabnye memang tak lah kan nak bace buku >.< haihhh . Okay. Jom lah tengok ape yg ade :)
Budak course SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT
Biasalah kami kaki camera :)
Muke yang same :-P
Oups , Jimmy sesat di situ .
Lepak burger king sat .
Syida cantekk :)
Okay bye :)
Haaa , sikit jee :) Actually banyak lagi . Tapi malas lah nak upload bagai . Okay . Next entry kita jumpa lagi keyh . Ehhh . please please please . pray for me for final exam eaa :) hehe . Oupss . tadi ade orang suroh mention name dia << LUQMAN SAIRI >> . Pergi lah lawat beliau . Okay byee ! 

December 16, 2012

Segmen Up Follower Bulan Disember

Okey , now u see that banner ryte ? So sape nak join sila lah click banner atas nie kayh :)
Same same kita tingkatkat follower nak liker fb fanpage ye ! 

# have a nice day :))


Bersyukur Saat Diuji

Tak perlu untuk malu jika ingin berubah ke arah kebaikan . Jangan fikir apa orang akan cakap . Tapi fikirlah apa yang bakal kita jawab di akhirat kelak . Astaghfirullahala'zim 
      Allah takkan pernah menguji hamba-Nya sekiranya Dia tahu hamba Nya itu tidak mampu . Iya , setiap ujian cabaran serta dugaan yang diberikan ada hikmah disebaliknya . Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan apa yang terbaik untuk hamba Nya . Ketika apa jua keadaan kita , ingat lah Allah yang Maha Mengetahui . Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dan dekat untuk hamba hamba Nya , Alhamdulillah . Firman Allah '' Dan jika hamba-hamba Ku bertanya tentang Aku , maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Ku '' { surah Al-Baqarah 2:186 } . Berdoa lah ! sesungguhnya Allah lah yang maha mengatur segala perancangan :) 
     Bak kata kawan aku , setiap peringkat umur kita akan menghadapi ujian yang berlainan . Dan aku setuju itu kerana aku sudah dan akan menjalani segala ujian yang diberikan . Walhal setiap ujian atau dugaan itu benar benar menyakitkan tetapi Alhamdulillah aku mampu menempuhinya . Iya , Allah Maha Mengetahui . Di samping sokongan keluarga serta kawan-kawan , diri sendiri juga perlu mengumpul kekuatan agar terus tabah . Setiap ujian ialah satu pengalaman yang dapat mematangkan diri kita . Jika kita tidak diberi ujian dan dugaan , boleh jadi kita terus alpa dan lupa pada - Nya . Nauzubillah ! Mohon dijauhkan . 
    Ingat lagi , satu dugaan yang aku takkan lupa dan menjadi ingatan sehingga hari ini . Apabila tiba tahun baru 2012 . Iaitu pada 1/1/2012 . Ia mungkin menjadi tarikh yang sangat bermakna atau pun sangat baik terutama kepada adik ku sendiri sebab harijadi beliau >_< . Dan ianya juga tarikh keramat untuk aku bila , segala harta benda aku (handbag , duit , fone , jam , kad ATM , matrik kad etc) hilang kena curi ! Allah , saat itu , Tuhan jee yang tahu macam mane perasaan aku :') terbayang-bayang muka mak ngn abah . Sedih . Sebab nya , time tu study week . Then bila nak balik USIM ,  berhenti dkt R&R Pagoh utk solat Asar dgn abang . Habis solat , tengok belakang jee beg dah takde . Malas nak cerita , tengok kat entry nie jee lah .
 
    Itu lah ujian yang Allah aturkan untuk aku pada awal tahun 2012 . Alhamdulillah , peristiwa itu mengajar aku supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu percaya dengan keadaan . Justeru itu , aku susah untuk percaya kepada orang sehingga hari ini . Maaf ! Itu sahaja yang aku boleh ucapkan . Dan selepas itu , semakin banyak aturan Allah untuk ku untuk mematangkan diri serta menguji tahap kesabaran dan keimanan seorang hamba yang sangat lemah . Aku bukanlah seorang yang gagah untuk melaluinya tetapi aku menggunakan segala kekuatan untuk mengharunginya . Dan Alhamdulillah , segala-galanya mengajar erti kehidupan . Setiap ujian itu ada kebaikan :) 
     Terdetik update blog malam nie sebab ade seorang kawan nie mengalami naseb seperti aku . Nasib apakah ? Biarlah ianya menjadi tanda tanya :DD Betul , ianya amat menyakitkan . Tetapi apalah nak dibandingkan jika kita kehilangan keluarga dan kawan-kawan yang berada di sekeliling kita . Aku rasa ia lebih menyakitkan daripada kehilangan orang yang belum tentukan menjadi yang halal untuk kita . Now you get it ryte :) apa apa pon , doa itu lebih utama '' doa itu senjata mukmin '' . Ujian itu menjadikan hambanya lebih dekat kepada Tuhan nya . Mungkin selama nie kita jauh dengan Allah , walhal kita tunaikan apa yang wajib . Tetapi Allah mahu kita rindu dan sayang kepada -Nya lebih dari kita sayang hambaNya yang lain. Yes ! itu silap kita , ya Allah ! ampunilah hamba Mu ini :'(  . Yakin dengan doa , berusaha dan bertawakal . Percaya bahawa Allah yang menggerakkan segala usaha yang kita lakukan dan inshaaAllah Dia akan memberi kita jalan yang terbaik ! 

     Selepas kita melalui ujian demi ujian , barulah tersedar yang kita nie dah jauh tersasar . Lupa segala-gala nya . Allah !! Alhamdulillah , dugaan yang Allah beri itu menyedarkan kita daripada mimpi mimpi . Berpijak di bumi yang nyata . Membuka pandangan kepada yang lebih jauh . Memberi pencerahan terhadap sesuatu perkara . Dan paling penting bersangka baik terhadap ALLAH . Ingatan tulus ikhlas kepada kawan-kawan '' bercinta boleh tapi jangan sampai melanggar matlamat . Apa guna menjaga segala-galanya tapi hati kita tak terjaga ? Berdoa lah (Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu)Itu janji ALLAH ! " 

     Aku bukan seorang yang sempurna untuk memberi nasihat kat kawan-kawan . Malah mungkin lebih teruk daripada korang. Tapi aku lebih senang menjadi diri aku yang sebenar . Aku tahu , kau lebih baik daripada aku . Jangan cakap aku taknak berubah . Ianya sudah menjadi niat ku . Tapi aku perlu kan sokongan , dan juga mengumpul kekuatan serta membaik pulih segala kekurangan diri . Tiada yang sempurna di dunia ini . Sekurang-kurangnya dapat menjadi yang  lebih baik daripada yang terbaik . Itu sudah memadai . Dan sekurang-kurangnya , Allah menyayangi aku dengan memberi ujian sebegini agar dapat menginsafi diri :') Bersyukur Saat DiUji , ALHAMDULLILAH ! 


December 15, 2012

'FD' SPM

    Hai ! :) Tetiba rindu nak update blog >_< Haha . Okey tak . Memang dah niat nak update cuma dari tadi kumpul semangat nak tulis . Cehhh . Tipu jehh . Busy melayan twitter dan Fb lebih tepat . Haha . Then sekarang dah close tab @TWITTER dan @FACEBOOK baru lah boleh senang hati tanpa gangguan untuk update belog niee . Sila senyum kambing sekarang :) Nak cerita sikit boleh ? Tak boleh pon tetap nak cerita jugak . Minggu depan dah last semester tiga tau . Hihi . Suka gila tahap nak lompat katak rasanya >.< sebab dah tak payah lagi nak buat assgment or pegi kuliah and kelas . Tapi ade lagi yang lebih utama , #FINAL EXAM . Takpelah , itu tolak tepi sebelah kanan kejap . Yang penting dah nak habis sem 3 . Haha . Sekejap gila kot rasa sem nie . Dan macam macam jugak pengalaman serta kenangan yang aku lalui sepanjang sem nie . Ohh , yang ini tak boleh cerita kat entry nie . Kena update kat entri akan datang pulak :) 

    Sebenanya nak cerita pasal FAMILY DAY yang budak batch aku buat untuk course SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT . Atau lebih tepat nya , kos aku lah . First time kitaowg organize program mcm nie . Yelah , memang ini program tahunan course aku dan setiap 2nd year student wajib menjalankan program ini . So , adatlah kan ade kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu majlis . Itu tidak dapat dinafikan . Tak puas hati itu ini , ooohh . Kita yang merancang Allah yang menentukan . Apa pon mestilah kita kena terima , betul tak ? Cehh ayat , boleh jadi ustazah pilihan -.- tapi apasal yang tak datang tu pulak yang menyatakan rasa tak puas hati ? Okey ini pelik . tapi takpe , aku taknak pon cerita pasal nie . Penat tangan aku jee menaip nanti . Tapi agak kecewa bila student 1st year tak ramai yang datang . Mungkin mereka ade komitmen yang lebih penting . Atau malas nak join lebih tepat :-P yang ini kitaowg memang sakit hati dan tak puas hati . Tujuan program nie nak suai kenal dengan junior2 tahun 1 selain untuk meraikan senior2 tahun 4 . Last last , junior yang ramai tak datang . Bukan ape , nanti korang jugak yang kena organize family day tahun berikutnya . Kan kan ? Mohon ada lah junior yang bace blog aku nie . Wakakaka :DD 
   Okey , mata nie dah mengantuk . Nak nak lagi bila tengok Huda dah landing atas katil sambil memejamkan mata beliau . Lagi lah perasaan nak tidur tu membuak buak kan . Dengan keadaan broadband nye yang macam mintak dicampak kat tasik NILAM nie , lagi lah aku angin jee . Padahal sepatutnya dah laju bila dah ditambah kreditnya :-P mungkin belom boleh bekerjasama lagi untuk masa nie . Ooohke dah lah , lagi lama aku tulis , lagi banyak merepek nya . Jom tengok kejap pic yg ade .
Exco makanan - Intan Afifah ketua :)
Muka-muka penat tapi still bole tersenyum :)
Sikit jee dak lelaki tahun 2 nie.
Kami warna BIRU :)
Ternyata aku malas nak upload banyak-banyak . Hehe . Dan fakta yang memang tak dinafikan kesahihannya ialah ... aku tak amek gambar pon masa time family day nie selain drpd kawan-kawan aku yang tak sengaje mengambilnya . Wahh amazing sungguh . Busy sangatkah ketika itu ? Entah . penat lebih utama :-P Pape pon kami enjoy dengan program nie . Semuanya memberi komitmen yang baik . Tahniah kepada TAHUN 2 SPM :)) Okebaii ! 

December 4, 2012



       Fuhhh ! at the end , dapat jugak update blog kesayangan nie :) oupss , sayangkah ? #ehh ! haruslah sayang . Blog nie jee lah tempat aku mengadu naseb aww . Korang ade ? Ooohh , mestilah ade kan :DD , Antara sebab musabab yang tak dapat dielakkan kerana dah lama tak update blog ialah ................ ASSIGNMENT yang gila bapak banyak tuhh -.- lama dah dapat task nie tapi biasa lah kan , nama pon student . Selagi belom sampai due date for submit assgnmt , memang tak bole nak siapkan lah kann ? Betol tak ? Jujor lah , memang betul ==' pastu kumpul kumpul sampai jadi gunung , sampai lecturer dah sound , baru lah terkedek kedek gerak buat keje tu . Ape sey jadi orang ? :DD
  Tengok atas tu , penat tau buat tak siap2 :'( . Tapi part aku dah siap lah :) cume kena gabungkan dengan coursemate aku punya part lah . Dah lah type in arabic kan , memang macam orang baru belajar pegang keyboard lah . Kalau bahasa melayu , lain cerita lah . Satu hari pon bole siap >.< cehh . Padahal same jee . Hahaha . Tapi forsure n very-very sure that in USIM , there have NO subject in BAHASA MALAYSIA hokeyhh --' kalau adapun untuk SEM 1 jee . Tapi untung lah kan , buat kerja in grouping . So makin mudah lah untuk bahagi-bahagi kan kerja . Ape guna ramai ramai tapi yang lain membuta ? Okey , fortunately they're very committed in their work :) syukur lah . Tapi nie baru satu subject , ade lagii 3 subject yang menanti untuk disiap kan . YA ALLAH ! Rabbi Yassir Wala Tuassir . Aminn :) InshaAllah boleh , kena rajin kan diri yang penting kan ? Jyeahhh , chaiyokk! Oohh , rindu nak tengok korea >.<  Takpe takpe , berkorban dulu , sobsobsobsob
  Eh dah tahu belom ? Aku dah upgrade lappy aku kepada WINDOW8 . Yipppi ! suke tau . Lawa pulak tuh . Area 3 weeks ago aku tukar and sekaligus upgrade my fon baby MINI 2 galaxy to Peter's Rom . Kasi smoothly cket movement nyee :) . Kawan aku yang buatkan , sungguh genius beliau >.< nak tengok contoh ? 

  How? nice bukan , Haha . Okey , theme for window8 nie boleh tukar tukar ekot suke haty korang lah . Yang penting kene pandai explore :) Aku pun belom habes explore lagi , cume sikit sikit jee . Tengah buzy kan , memang lah . Tunggu dah habis final nty lah :) Hahaa , lame sey nak tunggu final --' Boleh dapat 2 3 orang anak . Kahkahkah . Okey tipu jee >.<  btw , sabtu nie aku ade family day for my course ( SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT ) oohh , perlukah nak mention pasal nie ? Ahaha . Sukahaty aku lah , dah takde idea nak tulis ape lagikk :-P Okeyhlah byeee <3
*nota kaki* 
# eh , click pic utk tumbesaran tau ! :D
# henfon kini suda bersepah sepah sehingga tidak perasan ade text or call >.< 
(hidup bujang kan) 
Okeyh , tatatata !

Z-->PUBLISH 

 
 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮