Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

December 15, 2012

'FD' SPM

    Hai ! :) Tetiba rindu nak update blog >_< Haha . Okey tak . Memang dah niat nak update cuma dari tadi kumpul semangat nak tulis . Cehhh . Tipu jehh . Busy melayan twitter dan Fb lebih tepat . Haha . Then sekarang dah close tab @TWITTER dan @FACEBOOK baru lah boleh senang hati tanpa gangguan untuk update belog niee . Sila senyum kambing sekarang :) Nak cerita sikit boleh ? Tak boleh pon tetap nak cerita jugak . Minggu depan dah last semester tiga tau . Hihi . Suka gila tahap nak lompat katak rasanya >.< sebab dah tak payah lagi nak buat assgment or pegi kuliah and kelas . Tapi ade lagi yang lebih utama , #FINAL EXAM . Takpelah , itu tolak tepi sebelah kanan kejap . Yang penting dah nak habis sem 3 . Haha . Sekejap gila kot rasa sem nie . Dan macam macam jugak pengalaman serta kenangan yang aku lalui sepanjang sem nie . Ohh , yang ini tak boleh cerita kat entry nie . Kena update kat entri akan datang pulak :) 

    Sebenanya nak cerita pasal FAMILY DAY yang budak batch aku buat untuk course SUNNAH & PENGURUSAN MAKLUMAT . Atau lebih tepat nya , kos aku lah . First time kitaowg organize program mcm nie . Yelah , memang ini program tahunan course aku dan setiap 2nd year student wajib menjalankan program ini . So , adatlah kan ade kelebihan dan kekurangan dalam sesuatu majlis . Itu tidak dapat dinafikan . Tak puas hati itu ini , ooohh . Kita yang merancang Allah yang menentukan . Apa pon mestilah kita kena terima , betul tak ? Cehh ayat , boleh jadi ustazah pilihan -.- tapi apasal yang tak datang tu pulak yang menyatakan rasa tak puas hati ? Okey ini pelik . tapi takpe , aku taknak pon cerita pasal nie . Penat tangan aku jee menaip nanti . Tapi agak kecewa bila student 1st year tak ramai yang datang . Mungkin mereka ade komitmen yang lebih penting . Atau malas nak join lebih tepat :-P yang ini kitaowg memang sakit hati dan tak puas hati . Tujuan program nie nak suai kenal dengan junior2 tahun 1 selain untuk meraikan senior2 tahun 4 . Last last , junior yang ramai tak datang . Bukan ape , nanti korang jugak yang kena organize family day tahun berikutnya . Kan kan ? Mohon ada lah junior yang bace blog aku nie . Wakakaka :DD 
   Okey , mata nie dah mengantuk . Nak nak lagi bila tengok Huda dah landing atas katil sambil memejamkan mata beliau . Lagi lah perasaan nak tidur tu membuak buak kan . Dengan keadaan broadband nye yang macam mintak dicampak kat tasik NILAM nie , lagi lah aku angin jee . Padahal sepatutnya dah laju bila dah ditambah kreditnya :-P mungkin belom boleh bekerjasama lagi untuk masa nie . Ooohke dah lah , lagi lama aku tulis , lagi banyak merepek nya . Jom tengok kejap pic yg ade .
Exco makanan - Intan Afifah ketua :)
Muka-muka penat tapi still bole tersenyum :)
Sikit jee dak lelaki tahun 2 nie.
Kami warna BIRU :)
Ternyata aku malas nak upload banyak-banyak . Hehe . Dan fakta yang memang tak dinafikan kesahihannya ialah ... aku tak amek gambar pon masa time family day nie selain drpd kawan-kawan aku yang tak sengaje mengambilnya . Wahh amazing sungguh . Busy sangatkah ketika itu ? Entah . penat lebih utama :-P Pape pon kami enjoy dengan program nie . Semuanya memberi komitmen yang baik . Tahniah kepada TAHUN 2 SPM :)) Okebaii ! 

No comments:

 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮