Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

December 16, 2012

Bersyukur Saat Diuji

Tak perlu untuk malu jika ingin berubah ke arah kebaikan . Jangan fikir apa orang akan cakap . Tapi fikirlah apa yang bakal kita jawab di akhirat kelak . Astaghfirullahala'zim 
      Allah takkan pernah menguji hamba-Nya sekiranya Dia tahu hamba Nya itu tidak mampu . Iya , setiap ujian cabaran serta dugaan yang diberikan ada hikmah disebaliknya . Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan apa yang terbaik untuk hamba Nya . Ketika apa jua keadaan kita , ingat lah Allah yang Maha Mengetahui . Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada dan dekat untuk hamba hamba Nya , Alhamdulillah . Firman Allah '' Dan jika hamba-hamba Ku bertanya tentang Aku , maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Ku '' { surah Al-Baqarah 2:186 } . Berdoa lah ! sesungguhnya Allah lah yang maha mengatur segala perancangan :) 
     Bak kata kawan aku , setiap peringkat umur kita akan menghadapi ujian yang berlainan . Dan aku setuju itu kerana aku sudah dan akan menjalani segala ujian yang diberikan . Walhal setiap ujian atau dugaan itu benar benar menyakitkan tetapi Alhamdulillah aku mampu menempuhinya . Iya , Allah Maha Mengetahui . Di samping sokongan keluarga serta kawan-kawan , diri sendiri juga perlu mengumpul kekuatan agar terus tabah . Setiap ujian ialah satu pengalaman yang dapat mematangkan diri kita . Jika kita tidak diberi ujian dan dugaan , boleh jadi kita terus alpa dan lupa pada - Nya . Nauzubillah ! Mohon dijauhkan . 
    Ingat lagi , satu dugaan yang aku takkan lupa dan menjadi ingatan sehingga hari ini . Apabila tiba tahun baru 2012 . Iaitu pada 1/1/2012 . Ia mungkin menjadi tarikh yang sangat bermakna atau pun sangat baik terutama kepada adik ku sendiri sebab harijadi beliau >_< . Dan ianya juga tarikh keramat untuk aku bila , segala harta benda aku (handbag , duit , fone , jam , kad ATM , matrik kad etc) hilang kena curi ! Allah , saat itu , Tuhan jee yang tahu macam mane perasaan aku :') terbayang-bayang muka mak ngn abah . Sedih . Sebab nya , time tu study week . Then bila nak balik USIM ,  berhenti dkt R&R Pagoh utk solat Asar dgn abang . Habis solat , tengok belakang jee beg dah takde . Malas nak cerita , tengok kat entry nie jee lah .
 
    Itu lah ujian yang Allah aturkan untuk aku pada awal tahun 2012 . Alhamdulillah , peristiwa itu mengajar aku supaya lebih berhati-hati dan tidak terlalu percaya dengan keadaan . Justeru itu , aku susah untuk percaya kepada orang sehingga hari ini . Maaf ! Itu sahaja yang aku boleh ucapkan . Dan selepas itu , semakin banyak aturan Allah untuk ku untuk mematangkan diri serta menguji tahap kesabaran dan keimanan seorang hamba yang sangat lemah . Aku bukanlah seorang yang gagah untuk melaluinya tetapi aku menggunakan segala kekuatan untuk mengharunginya . Dan Alhamdulillah , segala-galanya mengajar erti kehidupan . Setiap ujian itu ada kebaikan :) 
     Terdetik update blog malam nie sebab ade seorang kawan nie mengalami naseb seperti aku . Nasib apakah ? Biarlah ianya menjadi tanda tanya :DD Betul , ianya amat menyakitkan . Tetapi apalah nak dibandingkan jika kita kehilangan keluarga dan kawan-kawan yang berada di sekeliling kita . Aku rasa ia lebih menyakitkan daripada kehilangan orang yang belum tentukan menjadi yang halal untuk kita . Now you get it ryte :) apa apa pon , doa itu lebih utama '' doa itu senjata mukmin '' . Ujian itu menjadikan hambanya lebih dekat kepada Tuhan nya . Mungkin selama nie kita jauh dengan Allah , walhal kita tunaikan apa yang wajib . Tetapi Allah mahu kita rindu dan sayang kepada -Nya lebih dari kita sayang hambaNya yang lain. Yes ! itu silap kita , ya Allah ! ampunilah hamba Mu ini :'(  . Yakin dengan doa , berusaha dan bertawakal . Percaya bahawa Allah yang menggerakkan segala usaha yang kita lakukan dan inshaaAllah Dia akan memberi kita jalan yang terbaik ! 

     Selepas kita melalui ujian demi ujian , barulah tersedar yang kita nie dah jauh tersasar . Lupa segala-gala nya . Allah !! Alhamdulillah , dugaan yang Allah beri itu menyedarkan kita daripada mimpi mimpi . Berpijak di bumi yang nyata . Membuka pandangan kepada yang lebih jauh . Memberi pencerahan terhadap sesuatu perkara . Dan paling penting bersangka baik terhadap ALLAH . Ingatan tulus ikhlas kepada kawan-kawan '' bercinta boleh tapi jangan sampai melanggar matlamat . Apa guna menjaga segala-galanya tapi hati kita tak terjaga ? Berdoa lah (Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu)Itu janji ALLAH ! " 

     Aku bukan seorang yang sempurna untuk memberi nasihat kat kawan-kawan . Malah mungkin lebih teruk daripada korang. Tapi aku lebih senang menjadi diri aku yang sebenar . Aku tahu , kau lebih baik daripada aku . Jangan cakap aku taknak berubah . Ianya sudah menjadi niat ku . Tapi aku perlu kan sokongan , dan juga mengumpul kekuatan serta membaik pulih segala kekurangan diri . Tiada yang sempurna di dunia ini . Sekurang-kurangnya dapat menjadi yang  lebih baik daripada yang terbaik . Itu sudah memadai . Dan sekurang-kurangnya , Allah menyayangi aku dengan memberi ujian sebegini agar dapat menginsafi diri :') Bersyukur Saat DiUji , ALHAMDULLILAH ! 


No comments:

 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮