Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

September 18, 2015

THROWBACK : JAKARTA BANDUNG: Part 1


Haii ! yeay update blog lagi :) tetiba rasa nak update entry ni sebab boring pastu capai hardisk tengok gambar2 yang banyak sangat tu. Dan bila tengok gambar kami pi Jakarta and Bandung, ya Rabbi rindunya. Setahun dah lama nya. Nak sangat pergi lagi. InshaaAllah one day :) so nak cerita sikit lah sebab apa kena pergi Indonesia nie hee. 

Sebagai seorang dua org dan berorang orang pelajar USIM, syarat utama nak bergraduasi ialah kena pergi Lawatan Antarabangsa selain daripada MUET kena lepas Band 3 and menjalani Latihan Industri.Tak kesah lah engkau nak pergi mana negara pon. Tapi tak payah lah pergi Singapore eh? Rasa macam balik kampung pulak. HAHA ! So Jakarta amaa Bandung lah pilihan group kami. kehkeh. Murah Jimat dan Mudah bukan? 

Kitaorg pergi 7 hari. Ticket murah pergi balik dalam rm200++ tak silap and naik MAS kau jahh ! sebab tengah promotion time tu. Tips nak dapat murah ialah, korang kena berjaga tetengah malam nak booking ticket hahah! kalau rajin lah eh hee. Then kitorg booking time tu bulan 6 2014, dan ticket pada 28/8/2014 - 3/9/2014. Hm muntah duduk lama2 kat sana. HAHAHA ! Perjalanan dari KLIA ke Soekarno Hatta International Airport hanya 2 jam setengah. Tak sempat pon kau nak tidur sebab dalam perjalanan tu borak2 plus makan2 then tengok movie. Tahu2 jee dah sampai bumi Indonesia. hwaaaa seronok mak ai bila ingat balik ! Pergi Indon jee dah seronok, lagi lah tengok kengkawan yg lain pergi Istanbul, China, Aussie, India, bla bla. Hm jeles sikit haha.

Day 1 : 28 August 2014 


Time ni nak masukkan beg dalam kargo. Satu beg jee semua bawak. Jimat kg katanya sebab sampai sana nanti semua shopping. Tapi tak berapa nak kesah sgt sbb yakin tak melebihi had. Dalam promotion tu termasuk kg. HAHA ! Memang super duper jimat lah naik MAS ni. Lagiponnn, time nie tengah hot pasal #MH370. So tak ramai yg naik MAS lah kan. Kita jee yang berani naik MAS hahaha !
 Masalah nya, sebelum pergi tu memasing siap buat wasiat. Kahkahkah ! ini serious tak tipu sebagai langkah berjaga-jaga. Aku siap whatsapp kat adik bagitahu segala email and password media sosial then bagitahu hutang puasa hutang apa semua. Sekali kena bebel dgn adik sendiri daaa. HAHA ! Alhamdulillah selamat, boleh cerita kat blog lagi ni hee.



Okay yang bernama Huda Syida Teen Intan Laila Zue and Lisa memang mcm ni perangai diorg. Meh laa join geng bas sekolah ni. HAHA ! Tetiba teringat time kuliah Dr. KN dulu, selalu panggil kitaorg geng bas sekolah. Duduk sesama bising pon sama. Padahal kelas dah lain2 pon still dia cam geng bas sekolah ni -.-' 



Eleh dak 4 orang ni, tahu lah satu sekolah menengah dulu. HAHA ! so kita dua je lah bergambo kan dak Intan. hahah ! Tapi kami 6 orang disatukan di Maahad Johor. Mek Teen? Kita jumpa 7 orang ni pulak kat Usim, satu course semua. sekian. HAHA! Mek Teen lah yg amek gambo ni hee :)

Time ni dah settle apa semua, tinggal tunggu nak naik flight jee. Sakan bergambo memasing. Yelah time ni pon dah 4th year (walaupun belum naik sem7 officially) Then lepas solat Asar, kami pon bertolak. Sebelum tu cek badan nak naik flight. time aku lalu bawah benda alah tu siap berbunyi. Buat malu betoi sumorang tengok. Choi ! lupa sebab apa ntah aku ade bawak benda haram kot :P jom terbang ke awan bersama angan-angan !


 

Nak bagitahu kat sini, aku dapat seat tepi tingkap hahah mengada kan. Tiba-tiba member lain ckp, " eh zue, kau kan gayat? Takpe ke duduk tepi tu? nak tukar tempat tak? " hahaha ! iya memang aku gayat tapi aku nak sangat tengok pemandangan luar. So berani kan je lah diri ni sambil meninjau keadaan bawah. Tak tahu time tu aku dah kecut perut. Tapi istighfar banyak2, Alhamdulillah everything went well :) well lah sebab sambil tengok bawah, sambil makan. Makanan dia sedap lak ai cuma dah lupa ntah apa dia bagi. 





Yeay ! dah sampai Jakarta. Lebih kurang dalam pukul 8pm. Gerak dari KLIA dalam pukul 4 lebih lepas Asar macam tu. And kat sini beza masa satu jam je. Kalau Jakarta pukul 8pm, means Malaysia pukul 9. Tapi pukul 8pm kat sini dah macam malam sgt. Sebab waktu Maghrib nya awal (okay aku lupa dah pukul berapa). Pukul 5pm, dah senja dah. Seminggu di sini kita buat Solat Jamak jee :)

Okay yang berkumpul reramai tu tengah tunggu bas tour guide. Kemain lama beno kita tunggu dia. Then sempat amek gambar. Lawakan banner kitorg tu hehe :) Nampak Zuhairah dengan si Lisa kat belakang tu. Diorg 2 saat jee kat depan tu lepas tu malas nak amek gambar. Hahaha bukan, sebenarnya tengah bincang mcm mana nak beli air gedegang (vending machine) kat belakang tu sbb haus gila. Tapi, takde duit kecik sebab duit kita semua juta juta. Takde ribu hahaha maklumlah baru sampai kan.





Okay ni dalam bas Buah Batu. Hahah nama rare betul bas ni kan. Driver dia nama Mas Rama dengan Mas apa ntah lagi sorang. Masalah kot. hahah ! Nikmati waktu malam di Jakarta asik dong. Kahkah sampai sini emang bisa cakap indon ya ibuk2 bapak2. Bunyi mcm tercekik ayam penyet dah hahaha ! On the way pergi hotel ni. Pastu memang jakun namatey laa semua menyebut segala apa perkataan yang ditulis kat signboard sepanjang perjalanan. Memang bunyi indon habes budak2 nie. hahaha




Iya udah nyampei di hotelnya dong. Fave Hotel ! Check in first hotel kat Jakarta utk 3 hari 2 malam. Hotel ni best sangat tau even bertaraf 3 bintang. Tapi sangat best lah bagi aku. Wifi ada, bilik air okay, telefon okay, ruang melepak santai santai pon seronok. Eh memang pakej lengkap lah nak honeymoon. Kahkahkah ! cuma iron je ada satu so kongsi lah reramai tunggu turn sampai pagi -.-' tu pasal dok main telefon bilik tu je. hahah Okay lah ada iron satu daripada hotel kat Bandung tu takde iron. Choi hahaha ! 
Okay itu beg aku dan masuk2 jee terus baling apa kejadah atas katil dan menghempaskan diri. Jap lagi Huda kata, "weh tak nak amek gambar?" Eh nak nak. Terus kemas katil ! kakakakaka perangai ! Pastu kekemas apa solat apa semua terus tidur. Lepastu semua blur pukul berapa nak bangun subuh. Tengok jam pukul 6 (kau tengok jam Malaysia) oh relax bangun nak solat, bukak langsir, mak aiiii dah siang terang benderang hahahah lantak ah solat je. Rupanya pukul 4 lebih sana dah subuh. Sobsob T.T 

Day 2 : 29 August 2014

 
Ni pemandangan belakang bilik. Cantik bukan? kekeke. Tayang sat gambaq Mila sandar kat pokok nuu. Teringat kat dia aih tengah tunggu due nak bersalin. wuwuwu bestnyaaa !







Okay ini cerita hari kedua kat Jakarta. Pergi Pusat Kajian Hadis Al-Mughni. Tempat ni femes jugak lah kat sini. ehem, kami kan student Sunnah Pengurusan Maklumat. Of course lah kena melawat tempat ilmiah mcm ni. huhuhu. Alah tu acah-acah jee dengar talk tu. hahah! Pengetua (baju putih tengah duduk) tempat ni pon femes tau Ustaz apa ntah nama. Tapi dia selalu keluar tv kat indon tu. Kalau bukak channel astro Bintang ke Pelangi ke jumpa lah kot (sis agak jee) hahaha. Yang tengah ckp tu, lecturer kitorg. Indonesian juga ya, Lebih mudah. hahah ! 

Paling best, dapat buku Hadis 40, CD tentang Hadis and Alquran, Plag lagi apa ntah. Semua org dapat secara gratis okay. Sangat pemurah yang amat tau Pusat Hadis nie. Ada jee application android utk hadis and alquran yang diorg bangunkan. Maju okay mereka nie. Jangan pandang sebelah mata yaaa. Siap bagi password wifi lagi suruh kitaorg install dan tu jugak. Fuh ! Pergi mana-mana tempat kat sini, semua ada wifi free beb ! Malaysia? Johor je lah yang ada. hewhew :P

Lepas pergi Pusat Hadis ni, kitaorg meneruskan perjalanan mengikut apa yang dirancang. Iaitu, SHOPPING ! hahahaha. Pagi ilmiah, petang santai. Haaaa gitewww lah rancangan kami sedari di Malaysia lagi. hahah. Kitaorg shopping dekat Tanah Abang. Itu namanya ya. Kalau kat Malaysia ni, lebih kurang macam GM Klang tu lah. Beli harga borong. dan sangat murah tau. Nama pon indonesia ya. hahahah ! Alaaa tapi takdak gambaq lah nak bagi tengok. Tengah shopping mana dan nak bergambaq kan. hahah. 


Lepas dah shopping, lapar ! hahaha pastu yang meja sebelah sana malas dah nak layan org nak amek gambar ke apa ke, sebab memasing tunggu makanan. Sepanjang 7 hari kat sini, mcm dah takde benda lain dah nak makan selain Ayam Penyet, Bakso dgn Nasi Padang ! tapi sedap tau. Terliur dah ni aihh.  hahah pastu perut meragam sampai Malaysia sakit perut hahaha ! Pedas dia wow sangat. Sebab org sana semua makanan nya pedas pedas ya amat okay !


Belanja sikit gambar driver bus Buah Batu. hahaha Mas Rama sama Mas ganteng agaknya ntah apa apa lah nama dia pon. HAHA !

Okay, sambung next entry k untuk 5 hari seterusnya di Jakarta and Bandung :)
Bye ! Tangan aku macam nak patah menaip. hahah :P

ehem, Zuhairah sepanjang kat sini dia sangat bagus sebab tak pakai contact lens pon. hahaha sebab lens dia koyak beberapa jam sebelum bertolak tu haha choi ! Dasar tangan ganas :D






September 2, 2015

THROWBACK PART 3: PENANG part 2


Jom sambung entry yang lepas. Sementara seorang Zuhairah tengah rajin nie. HAHA ! Rasa nya takde nak borak panjang sebab nak bagi tengok gambar je :) hari ke 2 ni, tak pergi memana tempat ilmiah sangat lah. Cuma pepagi jee tu pergi Muzium Pulau Pinang (agaknya lah nama dia tu) hahah tak hingat pulak sis ni :P



Semalaman tidur kat Hotel An-Nahdhoh. Seronok best selesa hotel nie. Tapi berpagi pagian kena keluar sebab kenapa ntah haha. Mata pon still bengkak tak cukup tidur :P mata bengkak pon ada sebab lain jugak kahkah hanya Lisa and Huda je tahu apa terjadi malam tu. HAHA ! Yang pakai baju kemeja tu Miss Husna, aka our tutor for subject Application Braille :) dia memang sempoiii !




Siap breakfast apa semua pastu acah2 photoshoot haha ! semua orang berjogging ketika dan saat ini.


Tiket nak masuk muzium jee pon. Tu pon simpan lagi sampai sekarang. Gigih kan? hahaha




 

Okay macam ni tau, tak tertarik apa apa pon dalam muzium nie. Kahkahkah ! Tak boleh jadi sejarawan lah budak ni T.T rindu sister kat sebelah I tu, now dia ada kat Jordan dgn husband dia :)






Okay sebenarnya macam ni, ntah apa kejadah pergi masuk taman ni pon aku tak tahu. HAHAHA ! maybe sebab time ni nak isi waktu terluang, maka pusing2 jumpa lah tempat ni. Dan layannnnzzz !


Nampak tak landasan keretapi atas tu? eh landasan ea? apa apa lah. HAHA ! peh saat ni aku dah cuak nak naik atas tu. Gayat dek non oi. Dan, memang aku nanges dalam ketapi tu sambil budak2 ni gelak T.T





Okay bye Bukit Bendera ! Muahhhcikeddd :* 

Okay habes untuk harini then kami pergi Teluk Bahang untuk bermalam kat sana. Dan waktu malam buat aktiviti dan ber BBQ. Ya Allah rindunya kenangan nie ;')



Fuhh memang jatuh cinta siap tergolek golek tau dkt Teluk Bahang ni ! Cantik pemandangan nya. Paling best chalet dia fuhh tido taknak bangun beb ! HAHAHA okay sambung perjalanan hari terakhir nie dengan melawat Library USM. Mestilah library, kami kan bakal librarian kahkah. Tapi aku rasa semua kerja nanti ke laut. Library nya ntah ke mana :P



 Budak budak JDT :P


Nampak kesemangatan memasing tu. Hahaha ! Alahaii rindu seh dengan budak budak ni. Then petang tu kami dah gerak balik dah. Mana yang balik utara dengan pantai timur tu kitorg hantar kat Butterworth. Then tinggal lah kami warga KL, Selangor, Perak and Johor pulang ke USIM. huhuhu ! Tapi sebelum tu singgah kilang Jeruk Pak Ali dulu. Rugi bak hang kalau pi penang tapi tak singgah hahaha padahal kat Johor pon ada jugak pe :P dan esok nya baru kami yg Johorean ni balik johor :) 

Done entry throwback Penang yeay !








 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮