Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

September 2, 2015

THROWBACK PART 3: PENANG part 1


 Hai ! Long time no see hahah, since dah tak berapa nak busy ni, I nak sambung kerja yang tergendala awal tahun haritu. HAHA ! Kemain lama kan tangguh nak buat entry #throwback ni. Last entry pasal internship. Maigod , how I missed my internship semester :( okay nanti I buat entry untuk itu k. Okay now, nak cerita pasal our trip to Penang selama 4 hari je. Tak lama pon. hehe

Okay tak, sebenarnya aku tak berapa nak ingat sangat dah trip ni sebab dah setahun lebih berlalu. HAHAHA ! 4 April 2014 amekkau lama sudah bha itu. Tapi takpe lah, tengok gambo mesti ingat balik hehe. Sebenarnya pergi sana sebab salah satu daripada assignment kitaorang. Which is for subject Application Braille. Haaaa ! Tahu tak braille apa? mesti tahu kan? huhuhu tapi separuh mati jugak aku nak ingat code braille tu. Tidur malam tak lena tau. Kahkah ! Aku rasa entry ni panjang, sbb semua benda rasa nak share dengan korang. HAHA ! so aku buat part by part :)

So kami bertolak hari Jumaat, pukul 11 malam. Time tu cuti midsem, so kami korban 4 hari lah daripada seminggu punya cuti. Gerak malam then sampai Penang pagi dalam waktu subuh terus pergi masjid kat sana, mandi solat apa semua. Rasa sekejap pulak sampai :P cehhh , kau dah tido tetiba nak rasa sekejap pulak zuhairah ni hahaha ! Oh lupa nak bagitau, kat Penang kami pergi Alma. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (SKPK ALMA) kat Bukit Mertajam. Dan lepas subuh, terus gerak pergi sekolah tu dan sampai dalam pukul 8 mcm tu lah.


Okay ni situasi dalam bas. Satu batch ada dlm 90 orang, then kitorg pergi dgn 3 bas. Memang syok lah satu bas tu tak penuh, so boleh buat bising mcm geng budak kt atas ni -.- hahaha ! oh okay mata memang saje besarkan sebab tengah lapo nak makan orang :P


Sesampai jee memang dapat makan. HAHA ! Sepanjang 4 hari kat sana, makanan memang disediakan sebab kami dah deal dgn pihak tempat yg kami nak pergi. Lepastu kan, kat penang ni memang tak guna polistrin, tapi guna plastic tu lah. HAHA okay noob tak baru tahu benda ni :P

Okay lepastu kitorg terus jalankan segala aktiviti yang telah dirancang selama 2 3 bulan jugak lah untuk bagi sesuatu yang berguna dengan pelajar SKPK ALMA ni :) berguna sangat lah hahahah :P Banyak jugak lah aktiviti yang kami buat, sampai aku pon dah lupa apa aktivitinya. kahkah ! Iyelaa lama sangat kann :P


Okay, senanya aku unit multimedia so tak terlibat dgn aktiviti semua tu. Sebab kerja aku amek gambo diorg sepanjang dari pagi sampai petang. Lepastu gambo aku tak banyak, sebab tu aku dah taknak jadi camerawoman lagi kalau ada apa apa event. Kahkahkah! Okay taklah, tipu je :) I love my job cehhh hahah. 

                         

Okay dah boring dgn camera, kita try benda lain lak. Elehh tu bukan kita lukis pon. Just colour balik jee yang dah pudar. HAHAH ! Pastu join sesi meluah perasaan adik adik ni. Mcm mana diorg boleh blind, sama ada dari kecik or time waktu mcm ni baru kena. Hm menitis jugak ayaq mata aih. Sedih tau diorg cerita sob sob T_T Student yg depan komputer tu pandai ! tahfiz tak silap, dia baca Quran Braille lancar jee. Kita yg celik ni, ya Allah nak hafal ABC dgn Alif Ba Ta pon tak ingat2 tau :( Allah bagi kelebihan kat diorg kan. Kita yg celik ni kena sentiasa bersyukur ye murid murid. HAHA 

Okay lah, macam dah panjang sangat pulak entry nie. So I stop here. Next entry aku sambung utk hari berikutnya. Actually 4 hari tu termasuk hari Jumaat malam yang kami bertolak tu. So kira ni hari first lah dekat Penang :)


Time ni dah petang dan dah penat gila gila gila ! hahah tapi gagahkan jugak lah nak bergambo. Ceria jee adik adik ni. Time kami nak balik semua sedih siap tanya, " nanti abang dgn kakak dtg lagi tau tengok kami " Ya Allah sedih sangat :( Semoga adik adik ni berjaya dunia & akhirat, Aamiin.
Ehemm, banner tu kami buat sendiri guna tangan. Tak main lah design guna photoshop hahaha ! lagi gigih buat persiapan semua ni dari malam sampai pagi demi adik adik SKPK ALMA !  







No comments:

 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮