Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

January 21, 2015

THROWBACK Part 1: Translead MAKLUM


Start entry ni dan berikutnya (taktahu berapa entry) I akan buat entry throwback. Hihii. sebab? saja nak sharing maring kat uolls memandangkan I tengah bercuti kan. So takde mende nak buat, so kita hadap benda ni jea lah so harap korang tak boring lah nak bace hahahah xoxo :D so seperti biasa, entry panjang berjela, jangan skip ea baca ! hahahah 

Hm taktahu nak start dari mana, tapi yg penting kena start dengan Basmalah kikikii. okay throwback since sem 6 lah. sbb sem dulu dah ada entry nya kalau tak silap. I is malas nak cek entry lama hihii. sem 6 best sgt (nak kata sem7 tak berapa nak best) hahah ! sem 6 lah agak aktif sikit. sebab dah sedar diri tu tak lama dah stay usim. so, why not kita join apa² aktiviti kan? hewhew konon² jadi role model senior lah. kahkah ! tapi apa lah sangat. takde lah pon aktif mano jang. join suka-suka jea.

 nie dalam bilik MPP. kusyuk laa buat keje dengan dak Laila.

Awal-awal sem 6, orang tak masuk sem lagi aku dgn member aku dah joined aktiviti TRANSLEAD MAKLUM. anyone know bout it? tak ingat mende nama panjangnya. hahaha. Yang ni translead 2. translead yg first aku tak join. Join pon sebab wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2013/2014 tapi aku bukan lah MPP. hahahah ! aku sekretariat Biro Penerangan dan Penerbitan (BPP) alaaa yang keje nya buat poster, handle web MPP and so on. hm cenggituuu hahah acah₂ busy tapi biasa² jea senanya. Sebab kita ada bahagian masing-masing. Aku part web programming. Tapi ada lah ketua yg handle. Tak terer pommm nak create web sangat. Belajar 2 sem jea pon hahah. tapi saje nak amek pengalaman. k tu jea. Mukadimah punya lah panjang. Padahal nak cerita pasal Translead MAKLUM. hahahah ! biasalah perempuan kalau dah pot pet bla bla blaaa :DD 



Tang ni otw ke Janda Baik. Oh lupa nak bagitahu,kem ni kat Janda Baik, Pahang pegi dengan dak Intan Pipah sbb dia pon sekretariat jugak. Tapi ntah sekretariat apa tak ingat. kikikii. Pepagi jugak time nie. Ngantok pon iye jugak. HAHA ! Tapi takda lah jauh mana dengan Nilai. dalam 2 jam setengah je kot cmtu :)


Taraaaaa ! dah sampai Teratak Malaya. time datang tu tertanya² jugak apesal nama dia Teratak Malaya kan. Rerupanya, tempat ni mmg kem, colaborasi dengan Uni Malaya. ohh okay patut nama malaya kan. Lama jugak lah tempat nie ditubuhkan bla bla bla blaa. K taktahu pon sejarah dia. HAHAHA ! nampak tangga kan? lepastu turun situ. turun turun turun. Fuhh boleh tahan jauh dia. Penat gila bila nak naik balik sambil angkat barang. Dah la aku kecik comel molek. Ok perasan sangat :-P senanya aku pon amek gambo jugak kat sini. Tapi tak jumpa gambarnya kahkahakah. pastu tepek jea lah gambar dak Intan ni hahahah. Sesejuk gunung kinabalu tau tempat nie. Ecehhhh macam pernah pergi gunung kinabalu kihkihh. Sebab dia dedekat dengan cameron highland, genting highland kot ntah aku pakai sebat je hahah pegi lah check kat google maps sana lulzed ! 








 Okay ini day first. sesampai sana jea kita tengok ada group sebelum batch kita ni nak balik Uni memasing. Tak sure lah uni mana. Tapi kitaorg ni second batch utk minggu tu. Kami terdiri drpd USIM, UM, UTeM, UPSI, UKM and UNIMAP. Baru kenal tak sampai berapa minit, diaorg punya ceria mmg superb ! Tak sombong langsung plus sporting dan semua masuk air. HAHA ! sebab kita usim, so kena lah jaga diri, jaga kelakuan bla bla blaa. Tapi ? HAHAHAH ! aku rasa aku dengan mereka dah sama. kuikuiii. Mana yg perlu kita jaga, kita jaga. Aku masih sedar aku ni usim lagi. kan dak Intan kannnn :-P tetiba segroup dgn intan. HAHAH ! sukahati kita jea main tukar-tukar group :D best tau kat sini kita makan banyak kali. Kejap-kejap makan kejap kejap minum. Not bad lah makanan dia. boleh pergi jauh. hahah. 

Dah second day tu, memacam lah aktiviti kita buat. Seriously, kem ni sangat santai mantai momantaii hahah. Sebab, Ketua Mentor (KM) tu dah pesan awal-awal " korang kat sini semua dah besar-besar, suka hatilah nak buat apa (janji tak pelik-pelik) kalau taknak join aktiviti ke, nak masuk dewan lambat ke, nak selfie ke nak pape lah, suka hatiiii " hahaha seeee ? betapa sportingnya semua. I thinks its kinda berbaloilah join ni. Untuk suka-suka release tension awal-awal sem kan. Hihii. tapi apa guna datang kalau setakat nak tidur. Kat usim pon boleh tidur. kuiikuii. Kalau taknak mandi pon boleh kauu jahh. HAHAHA ! sbb kat sini sejukkkkkk. hahah. siap join twitter dengan hashtag #jandabaik #jagabaik. Fuh fuhh nikmat betul pengalaman kat sini. 






best tau kita dpt baju LEAD 2

 nie geng USIM 

muka-muka ni memang suka selfie. USIM+ UM

Pendidikan selfie kat sini memang diterapkan untuk meningkatkan self-confident :-P hahahah ! anyway, diorang memang ohsem gila. Tapi mostly yg join ni first and second year. Ada lah sesetengah nye yg 3rd year, seperti aku dan dak Intan hahahahah ! so, fefeeling muda sikek dengan diaorg. bapak muka matured gila hahah. pastu yang bestnya, time nak balik uni memasing tu, ada lah perasaan sedih and still nak keep and touch. So, ketua group kita, Zhariff a.k.a TYDP UTeM (kot lah tak ingat ;-P) mintak email memasing and number fone. Pastu create group whatsapp and group kat FB. Pastu main tukar-tukar acc IG and Twitter. Nampak tak ukhuwah kat situ kahkahkahh! paling ukhuwah, En Megat salah seorang yang bagi ceramah tentang IT tu, dia create group whatsapp untuk kumpulkan translead 2 nie. Fuhh ! tapi awal-awal jea aktif. lama-lama krik krik krik kumbang lalu menerbangkan sayapnya hahahahaha :D

*nantikan entry throwback seterusnya k :)



No comments:

 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮