Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

May 12, 2012

SEPINTAS LALU

Assalamualaikum :)

Mulakan dengan bismillahirrahmanirrahim. 
     Tika mana hati ini sedang bermonolog tentang perkara yang tak kan ada kesudahannya, apakah yang ingin disampai kan oleh mu? Betapa ku keliru dengan perasaan ku sendiri. Apakah kesudahannya wahai diri? Bila mana mata ini tertumpu kepadamu, pelbagai perasaan yang timbul. ohh hati !
                                                                
    Keliru dan keliru. Pilihanku ialah dirinya. Adakah ianya benar ? Ya ALLAH, aku mohon petunjukmu (T__T). Andai dia benar untukku, satu kan lah hati-hati kami pada suatu saat yang benar-benar diizinkan serta direstui. AMIN. Andai dia bukan untukku, aku mohon agar dia tenang bersama ketentuanMU ya ALLAH. Terlalu sukar untuk hati ini . . . . .

     Perlu kah aku cemburu dengannya ? Sedang kan ianya tidak lah terlalu penting jika dibandingkan urusan ku dengan Mu. Adakalanya hati berbaur sakit dengan kesempurnaan dirinya di mata manusia. Tiada yang sempurna melainkan Mu serta kekasihMu ya Allah. Dan semua ciptaan Mu cukup sempurna hanya kerana manusia yang tidak tahu menilainya merasa tidak bersyukur. Adakah aku salah seorangnya? Ya Allah ! Ampuni lah hambamu ini. AMIN. 

    Aku tidak lah seorang karyawan atau cendekiawan yang mampu mengeluarkan kata-kata bersulamkan nasihat serta semangat. Tidak pula seorang pakar yang boleh menasihati orang lain kerana aku adalah aku. Yang banyak kelemahan serta kekurangan. Tetapi diri ini selalu menginginkan yang terbaik untuk diri sendiri. Bantulah insan yang kerdil ini ya Allah. 

    Sebagai manusia biasa, aku juga ada hati dan perasaan bila mana engkau wahai manusia melakukan itu kepadaku. Hati ini tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Wajah yang boleh menyimpan seribu satu rahsia tidak akan aku luahkan. Hanya senyuman mematikan perasaanku untuk seketika bila berhadapan denganmu. Betapa aku gagahi untuk menelan segalanya. Ya Allah! aku bersyukur dengan ketabahan yang Engkau berikan untuk diriku ini. a l h a m d u l i l l a h .

** sekadar renungan untuk diri ini bila mana keadaan tidak stabil . Ya ALLAH ! kuatkan hamba Mu ini . AMIN





4 comments:

SN said...

sabar je lah . ada balasannya utk orang yg menyakiti orang lain ni .

Anonymous said...

utk cik zuha...,

cak..!!miahahah!!!lebih byk ketawa dan senyum lebih baik utk cik zuha...hikhikhik...!!sedih kejap tapi happy lama...;P

❀M!sz Zuhayra❀ said...

hm, oke :)

❀M!sz Zuhayra❀ said...

yelaa sir. memang itu diri saye :-P

 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮