Cute Polka Dotted Pink Bow Tie Ribbon

hye!dah masok jangan lupe follow and tinggalkan jejak.tak suke? angkat kaki then blahh,okei. maaf penggunaan 'aq' kepada yang lebih tua, bye :)

June 30, 2011

1 of SUPER JUNIOR

        SAJE NAK KONGSI CITE SAL   MY FEVERET SINGER =)

(<-------------- yang kat sebelah nie )

  1. Kyuhyun merupakan salah seorang daripada 4 artis Korea yang pertama yang gambarnya tertera di setem negara China, disamping 3 lagi ahli Super Junior yang lain.
  2. Kyuhyun adalah anggota terakhir menyertai Super Junior selepas mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan Chin Chin Singing Competition anjuran SM Entertainment pada 2005. Kyuhyun kemudiannya diuji dalam klip video TVXQ 'Hi Ya Ya'.
  3. Kyuhyun tampil buat pertama kalinya bersama Super Junior pada 23 Mei 2006 apabila Super Junior memperkenalkan single terbaru mereka iaitu 'U' dan kemudian muncul buat pertama kali di pentas dalam pertunjukkan I-Concert.
  4. Pada akhir 2006, Kyuhyun bersama dengan Yesung dan Ryewook telah diserap masuk ke dalam satu lagi band sayap Super Junior iaitu Super Junior K.R.Y. Mereka telah muncul untuk pertama kalinya pada 5 November 2006 dalam program KBS's Music Bank.
  5. Pada tahun 2008 pula, Kyuhyun diserap masuk ke dalam satu lagi band sayap Super Junior iaitu Super Junior-M yang membawa lagu-lagu mandarin dan seterusnya mencipta fenomena di Hong Kong dan China. Super Junior-M muncul untuk pertama kalinya di 8th Annual Music Chart Awards pada 8 April 2008 dengan single mereka 'U'. Kepopularan mereka terus melonjak naik apabila mereka memperkenalkan mini-album mereka 'Super Girl' pada September 2009.
  6. Pada Januari 2010, Kyuhyun menampilkan single solonya, Listen to You yang menjadi lagu tema dramaPasta. Ia mendapat sambutan hebat dan menduduki tempat pertama carta lagu popular
  7. Selain itu, Kyuhyun bersama dengan anggota kumpulan TRAX, Jay, Jong Hyun Shinee dan Jino, seorang penyanyi baru telah menubuhkan kumpulan baru SM The Ballad dan album mereka mula dipasarkan pada 29 November 2010. Kyuhyun membawa lagu solo, Love Again. Mereka muncul buat pertama kalinya pada 28 November 2010 di Inkigayo dan mengeluarkan album mereka 'Miss You' pada 29 November 2010.
  8. Pada 5 Ogos 2010, Kyuhyun mengeluarkan lagu solonya yang ketiga'Hope, a dream that never sleeps' sebagai OST untuk drama popular Kim Tak Goo (Baker King).
  9. Kyuhyun juga mengasah bakat lakonannya di dalam SBS Super Junior Full House(2006), Mnet Super Junior Mini Drama (2006), menyertai TV Show SBS Explorer of the Human Body (2007&2008) dan yang paling baru MBC Super Junior's Foresight (2010

No comments:

 
✮ This blog is belongs to me ✿ Alright reserve done by MISS BLOSSOM ✮